ANAK perempuan biasanya lebih cepat matang berbanding anak lelaki. Bagaimanapun, membesarkan anak perempuan lebih mencabar kerana mereka lebih mudah sensitif, cepat terkesan akibat tekanan sosial dan mudah bersedih.

Ibu bapa boleh memberikan nasihat dan bina jati diri anak perempuan sejak kecil supaya dia dapat membesar sebagai wanita yang kuat, matang dan berpekerti mulia.

1. TEGAS

Dalam pergaulan dengan rakan sebaya, anak akan berdepan pelbagai masalah. Kadangkala ada yang dipaksa rakan untuk bergaduh, hisap rokok dan ada terlibat dengan masalah dadah.

Pesan kepada anak supaya jadi tegas untuk berkata tidak atas perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri.

2. LAKUKAN TERBAIK

Pesan kepada anak, hidup ada turun naik. Ada masa kita jatuh dan berada di bawah. Bagaimanapun, jangan cuma fokus kepada kejayaan dan hasil, tetapi proses dan perjalanan hidup. Ini membolehkan dia membesar untuk selalu memperbaiki diri.

3. TETAP BERBUAT BAIK WALAUPUN DIJAUHKAN RAKAN

Jelaskan kepada anak, jika dia tidak dijemput ke majlis hari jadi rakan atau tidak diajak bermain bersama, itu bukan penghinaan. Sekiranya kawan berkata, “saya tidak mahu main dengan awak”, jelaskan sebaiknya¬†itu bukan salah kita.

4. HATI CANTIK LEBIH CANTIK DARIPADA WAJAH CANTIK

Nasihat ini memberikan rasa percaya dalam diri. Tekankan, kecantikan sejati berasal daripada hati baik, bijaksana dan penuh kasih sayang.

5. BERSYUKUR ATAS KURNIAAN TUBUH

Akan tiba masa anak akan membandingkan tubuhnya dengan orang lain. Bantu anak untuk percayakan diri sendiri. Ini akan membuat anak percaya, model di majalah itu hanya gambar yang diubah supaya nampak kurus dan cantik.

6. BERSYUKUR DENGAN APA DIMILIKI

Akan ada masa di mana anak akan terpengaruh bahawa memiliki barang tertentu akan buatkan hidupnya lebih baik. Jauhkan anak daripada sifat itu dan sentiasa terapkan kepada anak supaya berterima kasih dengan apa dikurniakan.

7. BERSABAR DENGAN GANGGUAN RAKAN

Ini akan membuat anak lebih bersedia jika dianiaya atau medapat layanan buruk rakan. Sekiranya anak sudah bersedia menghadapi situasi buruk itu, maka dia akan membesar sebagai wanita kental.

8. JAGA PERASAAN RAKAN

Anak akan bertemu dengan kawan yang berbeza personaliti. Dengan mengingatkan anak untuk menjaga perasaan rakan, dia akan belajar mempertahankan rakan baik dan setia.

9. JANGAN BANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

Jangan bandingkan diri dengan orang lebih cantik, lebih kaya, lebih popular dan lebih bijak. Nasihat ini akan membuatkan anak menganggap hidupnya tetap lebih baik atau lebih bahagaia. Anak akan belajar hidup ini bukan satu pertandingan, tetapi perjalanan.

10. CERITA MASALAH KEPADA IBU DAN AYAH

Bukan beri kesempatan pada anak untuk mengeluh atau mendapatkan perhatian, tetapi ini membuatkan anak lebih terbuka dalam menceritakan masalah. Selain itu, anak akan rasa ibu dan ayah sentiasa dekat dan selalu ada bersama.

Semoga anak gadis kita dapat membesar sebagai wanita mulia dan kuat seperti ibunya!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda