CLOTH diaper (CD) atau lampin moden banyak digunakan oleh ibu-ibu masa kini. Persoalannya, berbaloi atau tidak kita hendak beli CD? Mungkin ramai yang mengeluh bila mendengar CD. Buang masa, mahal sangat!

Bagaimanapun, tidak semestinya kita harus guna cloth diaper setiap hari dan setiap masa. Ada ibu yang hanya guna pada waktu siang sahaja. Ada juga yang guna ketika hujung minggu sahaja.

Satu kebaikan CD, kita tidak perlu mencucinya setiap hari. Jom kita lihat jadual pengiraan penggunaan CD dan lampin pakai buang. Mana tahu anda mungkin boleh pertimbangkan untuk bertukar ke CD?

KOS PENGGUNAAN LAMPIN PAKAI BUANG

Katakan sehari, 6 kali kita tukar lampin dan katakan harga sekeping ialah RM0.60 (anggaran)

  • Sehari: RM0.60 X 6 kali = RM3.60
  • Setahun: RM3.60 X 365 hari = RM1,314

======3 TAHUN: RM1314 X 3 = RM3,942======

Selalunya purata kanak-kanak menggunakan lampin sehingga berumur 3 tahun.

KOS PENGGUNAAN CLOTH DIAPER

Anggaran harga sehelai RM45

  • 10 helai : 10 x RM45 = RM 450
  • 20 helai : 20 x RM45 = RM 900

Lebih banyak stok CD anda, lebih tahan lama kerana lambat lusuh dan kurang proses pembasuhan. Lagi satu, jimat duit. Kita boleh guna untuk anak seterusnya kerana saiznya boleh diubah dari S, M hingga L. Berbaloi atau tidak?

BACA>>>> 4 Tanda Si Kecil Sudah Tidak Mahu Pakai Lampin Lagi


JENIS-JENIS CLOTH DIAPER

1. PREFOLDS

Lampin jenis ini sebenarnya lampin kain yang perlu dilipat. Bagaimanapun anda memerlukan lampin luar supaya tidak basah untuk penggunaan lebih lama. Ia juga memerlukan pin kerana tidak mempunyai butang katup atau velcro.

Kebaikan:
1. Ekonomi.
2. Senang dibasuh.
3. Cepat kering.

Kekurangan:
1. Memerlukan lampin luar
2. Perlu dilipat dan di pin


2. FITTED DIAPER

Merupakan lampin prefold tetapi mempunyai butang katup atau velcro.

Kebaikan:
1. Ekonomi.
2. Senang dibasuh.
3. Cepat kering.

Kekurangan:
1. Memerlukan lampin luar


3. POCKET CLOTH DIAPER

Serupa dengan lampin pakai buang kecuali lampin jenis ini mempunya poket di mana anda boleh memasukkan penyerap.

Kebaikan:
1. Cara penggunaan mudah dan menyenangkan kerana penggunaan poket mudah difahami
2. Cepat kering
3. Boleh memasukkan 2 keping penyerap untuk kadar penyerapan yang lebih tinggi terutama untuk kegunaan pada sebelah malam

Kekurangan
1. Mengambil masa untuk memasukkan penyerap ke dalam poket.


4. ALL IN ONE (AIO)

Menyerupai lampin pakai buang kerana tidak perlu membetulkan kain penyerapan sebelum memakai.

Kebaikan:
1. Lampin yang paling mudah digunakan kerana kain penyerapan di jahit terus pada lampin

Kekurangan:
1. Hanya boleh digunakan sekali sebelum perlu dibasuh
2. Tebal
3. Mengambil masa untuk kering


5. ALL IN TWO- A12/ HYBRID

Cloth diaper AIO tidak mempunyai poket tetapi menggunakan butang katup yang berfungsi memegang kain penyerap di tempatnya.

Kebaikan:
1. Boleh digunakan 2-3 kali jika bahagian luarnya tidak kotor lagi. Hanya perlu menukar kain penyerap sahaja.
2. Lebih nipis daripada AIO

Kekurangan:
1. Mengambil masa yang lebih lama untuk kering
2. Kemungkinan lebih mahal daripada CD jenis lain

BACA>>>> 7 Jenama Lampin Pakai Buang Ini Diuji, Mana Satu Paling Bagus?

SUMBERBabyCentre

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda