PERANCANGAN keluarga adalah sangat penting, bukan saja kepada pengurusan rumahtangga tetapi juga kepada kesihatan ibu itu sendiri.

Ibu sering penat, letih, gagal dalam menguruskan anak dan urusan rumahtangga terjejas adalah antara masalah keibubapaan yang wujud. Disinilah bermulanya masalah keluarga. Tetapi bukan bermakna kita menolak rezeki Allah, cuma perancangan keluarga ini penting bergantung kepada keupayaan dan kemampuan keluarga itu sendiri.

Berikut kami kongsikan berapa jarak umur anak untuk merancang anak dalam sesebuah keluarga oleh Ibu Rose.

BACA>>> Dapat Adik Baru? Lakukan 9 Tip Ini untuk Kurang Rasa Cemburu Anak

BERAPA JARAK UMUR UNTUK MENDAPAT ADIK BAGI SI ABANG ATAU KAKAK?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sayang semua,

Kali ini Ibu nak ajak sayang semua berfikir sejenak mengenai jarak umur anak sedia ada dengan yang baru. Sesuatu yang agak jarang Ibu ketengahkan. Namun, ia tidak kurang pentingnya dalam memastikan kestabilan keluarga yang kita bina.

Banyak juga masalah keibubapaan yang berlaku akibat dari ketidaksediaan ibubapa sendiri menerima anak yang seterusnya. Kepenatan, kesukaran mengurus, menangani sikap-sikap mencabar anak di fasa individuating belum pun selesai, tup tup terpregnant?

Oh…salah siapa? Salah sayang yang mengandung atau suami yang mengandungkan?

SubhanaAllah. Buat yang merasakan diri dikategori terrrrmengandung… Istighfarlah… kembalikan semuanya pada Yang Maha Esa yang mengizinkan ini berlaku. Tarik nafas dan tenang.

1. SUSU IBU EKSKLUSIF 6 BULAN

Dari Al-Quran, kita boleh dapati anak-anak digalakkan disusu badankan hingga 2 tahun penuh. Penyusuan badan adalah salah satu cara birth control yang semula jadi.

Oleh itu, jika kita ambil dari situ; setelah usia anak itu 2 tahun, maka bolehlah untuk merancang anak seorang lagi. Pada ketika ini, kesihatan ibu pun sudah lebih baik. Seorang ibu itu sudah boleh tidur malam yang tidak begitu ternganggu.

2. HAMPIR 3 TAHUN PANDAI IKUT ARAHAN

Ini bermakna, jika bermula dari usia anak itu 2 tahun, anak itu akan mendapat adik usia dia sudah hampir 3 tahun. Pada usia ini, anak itu sudah boleh lebih memahami perasaan dan arahan. Dia juga boleh mengawal gerakan tangan dan kakinya dengan lebih baik.

Oleh itu, tidaklah terjadi kes seperti dia berniat untuk membelai adik, terkasar jadi macam nak pukul adik.

3. 3 TAHUN – 3 BAHAGIAN OTAK MULA DAH BERKEMBANG

Dari segi perkembangan otak, bahagian tengah dari 3 bahagian otaknya sudah berkembang. Ini adalah bahagian otak emosinya. Dan bahagian otak tertingginya iaitu otak berfikir sudah mula berkembang. Ini bermaksud, keupayaan berfikir sudah mula terbina.
Ini bermakna, anda lebih senang memberi dia faham apa yang dia boleh lakukan kepada adiknya dan apa yang tidak.

4. SEDIAKAN DIRI ANAK TANGANI ATASI RASA CEMBURU PADA ADIK BARU

Dalam masa yang sama kebijaksanaan ibu bapa dan orang di sekelilingnya menyediakan dirinya untuk menerima adiknya adalah juga penting. Sebenarnya, memang ada naluri untuk anak itu cemburu. Perasaan itu datangnya dari ‘keinginan untuk survive’ yang memang wujud dalam diri setiap kita manusia ini.

Namun, ibu bapa yang bijak, akan menangani perasaan ini dengan keupayaan mengawal diri – ‘self-control’ pada anak-anak sekecil 3 tahun, dengan limpahan kasih sayang dan penerangan penuh kasih sayang kepada si abang atau si kakak.

Anak boleh tidak cemburu, malah akan membantu ibu bapa menjaga adiknya.

BACA>>> 4 Perkara Anda Perlu Fikir Sebelum Rancang Tambah Anak Lagi

TAMBAHAN KUPASAN DI ATAS

Supaya apa yang Ibu katakan di atas ini tidak disalah fahamkan, Ibu nyatakan di sini, bahawa Penyusuan badan adalah SALAH SATU cara birth control yang semula jadi. Namun ada yang mengatakan hanya efektif untuk 6 bulan pertama.

Namun, ada yang berjaya ada yang tidak. Sama seperti memakai kondom dan ubat perancang. Ada yang efektif, ada yang tidak.

Oleh itu,  anda boleh lakukan bersama itu, other options yang suitable. Namun, jika anak itu hendak lahir juga, dia akan terjadi juga. Kerana kita hanya mampu merancang namun Allahlah Maha Berkuasa.

Jika ia berlaku, maka terimalah dengan hati terbuka anugerah itu.
Namun, perbincangan kita bukan mengenai cara untuk birth control. Perbincangan kita mengenai jarak anak yang sesuai untuk better handling anak dan kesihatan badan ibu.

SUMBER: IbuRose

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda