TELUR mengandungi banyak khasiat kepada kesihatan anak-anak kerana mengandungi protein tinggi, sekali gus baik untuk perkembangan tubuh badan anak.

Sama ada digoreng, direbus mahupun diolah dalam makanan lain, telur tetap menjadi antara makanan kegemaran anak-anak.

Bagaimanapun, telur juga tinggi kolesterol. Jadi, sering menjadi persoalan ibu bapa berapa banyak telur yang boleh dimakan anak-anak dalam sehari?

BACA>>> ‘Telur Mata Goyang’ Bahaya untuk Ibu Hamil, Boleh Sebabkan Keguguran?

FAKTA TENTANG TELUR

Telur ayam merupakan salah satu sumber protein haiwan yang lengkap gizinya iaitu Protein, vitamin, mineral, hingga omega 3, terdapat di dalam telur.

Sebiji telur mengandungi hingga 13 jenis mineral terdfiri daripada kalsium, magnesium, zat besi, kalium, natrium, dan selenium. Sementara itu, kuning telur mengandung lebih banyak vitamin dibandingkan putih telur. Setiap kuning telur mengandung tujuh vitamin, iaitu vitamin B, B-12, B6, folat, A, D, E, dan K.

Telur juga mengandung salah satu zat gizi bernama kolin yang sangat penting bagi tubuh, yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan dengan sendiri. Kolin membantu menjaga kesihatan jantung dan fungsi otak. Tanpa zat gizi tersebut, anak boleh kekurangan nutrisi penting lain seperti asam folat.

Manakala, Karotenoid dalam kuning telur, terutama karotenoid lutein dan zeaxanthin, bertanggungjawab untuk meningkatkan kesihatan mata.

Berdasarkan kepada Dr Richard E Allen dalam artikel yang ditervitkan dalam November American Family Physician, menjelaskan bahawa kanak-kanak memerlukan 30 peratus kalori sehari melalui lemak.

Satu biji telur mengandung 5.5 gram protein, 5 gram lemak, dan 68 total kalori. Oleh itu, ramai pakar kesihatan kanak-kanak menyarankan setiap keluarga menjadikan telur rutin hidangan yang pelbagai berasaskan telur kepada kanak-kanak seawal 18 bulan hingga 4 tahun.

ADAKAH MAKAN TELUR BANYAK BOLEH MENINGKATKAN KOLESTEROL PADA ANAK?

Ya, memang benar telur mengandungi kolesterol. Satu biji telur mengandungi kadar kolesterol yang sudah cukup untuk memenuhi keperluan harian orang dewasa. Kuning telur pula, mengandungi 186 mg kolesterol. Had pengambilan telur sehari adalah 300mg.

Namun, tidak semua kolesterol itu tidak baik. Selain kolesterol LDL, telur juga mengandungi kolesterol baik HDL. Oleh itu, anda tidak perlu terlalu risau dengan kandungan kolesterol pada 1 biji.

Kolesterol dalam telur untuk anak tidak ada masalah. Asalkan jumlah pengambilan kolesterol harian tidak melebihi 300 mg sehari.

BACA>>> Mood Anak Tidak Menentu? 5 Makanan Ini Bantu Ceriakan Hari Mereka

JADI, BERAPA BANYAK TELUR BOLEH DIBERIKAN PADA ANAK DALAM SEHARI?

Satu biji telur mengandungi sekitar 185 mg kolesterol. Jumlah pengambilan kolesterol harian anak yang sihat hendaklah di bawah 300 mg sehari.

Selagi makanan harian anak tidak melebihi jumlah asupan kolesterol ini, satu telur untuk anak setiap hari tidak menjadi masalah.

Manakala, 2 biji telur dalam satu hari sudah memenuhi keperluan kolesterol dalam satu hari.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu mengambil tahu tentang pola dan kuantiti makanan anak pada setiap hari. Kanak-kanak berusia 2 tahun biasanya memerlukan 1,000 hingga 1,400 kalori setiap hari. Jangan melebihi jumlah ini kerana ia boleh menyebabkan obesiti pada kanak-kanak.

Apa yang lebih baik adalah dengan mengolah telur di dalam masakan lain. Jangan selalu memberikan telur goreng, lebih elok jika diberikan telur yang direbus.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda