ADAKAH anda melakukan hubungan seks yang mencukupi? Mungkin ada pasangan suami isteri yang tertanya-tanya soalan ini, sama ada perlukah anda melakukan aktiviti seks sekerap mungkin!

Kesibukan urusan perkerjaan dan rumahtangga sememangnya memenatkan ibu bapa. Bagaimanapun, itu bukanlah alasan! Anda masih dikira normal jika melakukan hubungan kelamin setiap minggu dengan pasangan.

Nak tahu lebih lanjut, baca artikel ini…

KEKERAPAN HUBUNGAN INTIM YANG NORMAL

Assalamualaikum, doktor. Saya ingin bertanya. Rasa malu kerana soalan ini agak sensitif. Saya berusia 32 tahun sudah berkahwin 5 tahun dan mempunyai seorang anak. Pertanyaan saya adakah normal bagi saya hanya mampu melakukan hubungan seksual dengan isteri sekali seminggu? Berat badan saya normal dan saya tiada masalah kesihatan. Terima kasih

BACA>>> 10 Cara Bahagiakan Suami dalam Hubungan Intim

WALAIKUMUSALAM

Setiap pasangan yang berkahwin dan bahagia mempunyai kadar bilangan hubungan seks yang berbeza.

Secara amnya, bagi pasangan muda (berusia 35 tahun ke bawah) yang baru berkahwin 5 tahun ke bawah, kadar hubungan intim yang biasa dilakukan adalah dua kali seminggu.

Kekerapan ini juga bergantung kepada masalah kesihatan, tahap tekanan emosi, kadar tenaga fizikal yang ada (fitness) dan banyak lagi.

Tetapi jika ada pasangan yang masih muda dan baru berkahwin, tidak melakukan hubungan sekerap ini, jangan terlalu cemas dan tertekan. Apa yang penting adalah ada komunikasi antara pasangan dan rasa bahagia.

KURANG MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM RISIKO SERANGAN JANTUNG TINGGI

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam journal perubatan “Journal of Sexual Medicine” yang melakukan satu kajian melibatkan 2,269 orang lelaki dan wanita diminta menjawab pertanyaan berkaitan kekerapan mereka melakukan hubungan intim. Disamping itu, darah mereka diambil untuk menjalani beberapa ujian.

Saintis membandingkan kekerapan melakukan hubungan intim, dengan keputusan darah yang diperolehi.

Individu yang sangat jarang melakukan hubungan intim (iaitu kurang dari sekali dalam sebulan) mempunyai nilai homocysteine yang lebih tinggi dari yang lainnya.

Untuk pengetahuan, semakin tinggi bacaan nilai homocysteine ini, semakin tinggi keradangan yang berlaku dalam tubuh dan semakin banyak pula pembentukan plak dalam saluran darah yang boleh menyebabkan risiko mendapat serangan sakit jantung.

Yang menarik adalah kaitan antara bilangan kekerapan melakukan hubungan intim dengan peningkatan risiko serangan sakit jantung ini hanya berlaku di kalangan lelaki.

Saintis menjelaskan bahawa oleh rangsangan seksual pada wanita yang tidak berkaitan dengan aliran darah sebagaimana yang yang dialami oleh lelaki untuk mendapat reksi (ketegangan alat kelamin).

Ini membuktikan bahawa pasangan muda yang jarang melakukan hubungan intim, mungkin sedang mengalami keradangan dalam tubuh dan sedang mengalami pembentukan plak dalam saluran darah.

Pembentukan plak yang kecil mungkin tidak mengganggu peredaran darah, tetapi jika saiznya bertambah besar dan menjadi sumbatan, ia mungkin akan menyebabkan rasa sakit dada ketika melakukan aktiviti yang berat seperti melakukan hubungan intim itu sendiri.

BACA>>> Kenapa Wanita Sukar Capai Orgasma?

HUBUNGAN INTIM NORMAL 2 KALI SEMINGGU, MINIMUM 1 KALI SEMINGGU

Saya mencadangkan lelaki yang berusia 35 tahun ke bawah dan hanya mampu melakukan hubungan intim bersama isteri hanya dua kali dalam sebulan, agar melakukan pemeriksaan kesihatan kerana biasanya kekerapan melakukan hubungan intim yang normal bagi lelaki adalah dua kali seminggu atau sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Banyak cara untuk meningkatkan tenaga bagi lelaki, antaranya melakukan aktiviti mengangkat berat di gym dan melakukan senaman kardio. Namun, harus mendapat nasihat doktor dahulu jika jarang melakukan aktiviti sebegini. Saya bimbang kerana ramai yang pengsan dan pitam apabila melakukan aktiviti berat secara tiba-tiba.

Boleh juga amalkan Ekstrak Tongkat Ali untuk mendapatkan tenaga dan vitamin E tocotrienol bagi mengurangkan tahap keradangan dalam tubuh.

Semoga bermanfaat.

SUMBER: DrZubaidiHjAhmad

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda