HUBUNGAN kelamin suami isteri sering dikaitkan dengan kepuasan batin pasangan yang mengeratkan kasih sayang. Sebenarnya, hubungan intim ini juga mampu memberikan pelbagai manfaat lain kepada kesihatan tubuh badan.

Hubungan seks teratur mampu memberikan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada pasangan. Jadi, berapa kerapkah anda melakukan hubungan intim bersama pasangan masing-masing?

1. SEKS SEBAGAI SALAH SATU OLAHRAGA

Ketika melakukan hubungan intim tubuh mampu membakar sekurang-kurangnya 4 kalori per minit dan membuat kita menggunakan pelbagai otot tubuh. Kajian yang pernah dilakukan juga menunjukkan bahawa denyut jantung ketika orgasme setara dengan olahraga ringan seperti berjalan menaiki tangga.

2. JANTUNG LEBIH SIHAT

Rangsangan seksual dan orgasma boleh membuatkan denyutan jantung meningkat. Ada kajian menunjukkan hubungan seks yang dilakukan 2 kali seminggu dapat mengurangi risiko serangan jantung hingga 50 peratus berbanding melakukan hubungan seks kurang sekali sebulan.

3. TEKANAN DARAH LEBIH NORMAL

Kajian yang pernah dilakukan menunjukkan pasangan yang berpegangan tangan selama 10 minit diikuti pelukan 20 saat mampu menurunkan tekanan darah. Sebaliknya, pasangan yang jarang melakukan hubungan seks atau jarang mencapai orgasme berisiko lebih tinggi mendapat hipertensi.

4. MEREDAKAN STRES

Hasil penyelidikan menunjukkan individu yang tidak melakukan hubungan seks paling berisiko mengalami stres. Orgasme dapat membantu pasangan suami isteri untuk lebih relaks seperti melakukan meditasi.

Rangsangan seksual melepaskan zat kimia pada otak dan hormon yang membuat kitarasa lebih selesa. Orgasme pula dapat meningkatkan rasa percaya diri yang membentuk hidup lebih sihat dan bahagia.

5. MENINGKATKAN KUALITI TIDUR

Selepas orgasme, tubuh melepaskan hormon prolaktin yang berperanan mendatangkan rasa relaks dan mengantuk. Sebab itulah seseorang lebih mudah mengantuk dan tidur selepas melakukan hubungan seks.

6. MEMBANTU MEREDAKAN SAKIT

Orgasme melepaskan hormon yang berperanan dalam meredakan rasa sakit pada punggung dan kaki, kekejangan ketika datang bulan dan sakit kepala.

7. MENINGKATKAN KUALITI HUBUNGAN

Hubungan seks boleh meningkatkan kadar hormon oksitosin yang membantu seseorang meningkatkan rasa saling percaya dalam perhubungan. Kadar oksitosin ini akan makin meningkat seiring tinggi frekuensi sentuhan. Kepuasan seksual juga kerap dihubungkan dengan kestabilan hubungan.

8. KURANG RISIKO PENYAKIT

Penyelidikan membuktikan lelaki yang melakukan ejakulasi teratur tidak berisiko mengalami kanser prostat, manakala perempuan dapat mengencangkan otot punggung bawah dan mengurangkan risiko gangguan buang air kecil.

SUMBER: AloDokter

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda