BENARKAH makan nanas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran janin? Ramai masih was-was dengan persoalan ini. Kata orang tua-tua, buah nanas itu sifatnya tajam. Jadi, ada risiko yang boleh menyebabkan keguguran.

Persoalan yang perlu dijawab sekarang, benar atau tidak, nanas punca keguguran?


APA KATA DR ZUBAIDI HJ AHMAD?

  • Tidak ramai doktor sedar terdapat beberapa kes wanita hamil makan nanas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau kebetulan?
  • Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik yang lengkap dan sahih mengenai hal ini. Namun, terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa makan nanas boleh menyebabkan keguguran pada awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran. 
  • Ini kerana, nanas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahim (cervix) seterusnya mempercepatkan proses kelahiran.

JADI BETULLAH, JIKA SAYA MAKAN WALAU SEULAS NANAS, BAYI SAYA AKAN GUGUR?

  • Belum ada kajian lengkap mengenai dakwaan ini. Kuantiti enzim bromelain sebenarnya terlalu sedikit dalam sebiji nanas.
  • Sebagai logik perbandingan, sebiji nanas tidak boleh menyebabkan keguguran, apatah jika seorang wanita hamil memakan seulas nanas yang dipotong. Ia juga tidak memberi kesan mempercepatkan proses kelahiran.
  • Dianggarkan, seorang wanita yang mahu mempercepatkan kelahiran memerlukan 7 biji nanas untuk dimakan. Silap haribulan, boleh dapat sakit perut pula.

KENAPA PERUT SAYA MERAGAM SELEPAS MAKAN NANAS?

  • Tidak dapat dinafikan, salah satu kesan makan nanas terlalu banyak boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit serius.

BAGAIMANA PULA JIKA SAYA HANYA MINUM JUS NANAS?

  • Enzim bromelain sangat sensitif dan struktur biokimianya boleh rosak dan musnah dalam proses pembuatan jus nanas atau proses pengetinan.
  • Saya tidak berani mengatakan makan seulas nanas yang ditinkan itu selamat untuk wanita hamil. Saya juga tidak berani mengatakan makan seulas nanas yang dipotong tidak mendatangkan bahaya pada wanita hamil, terutamanya pada awal kehamilan.
  • Apa pun, berwaspadalah. Wallahualam…

Dapatkan juga senarai makanan yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan di pautan ini: 15 Makanan yang Ramai Tidak Tahu Jadi Punca Keguguran Awal Kehamilan!

SUMBER: DrZubaidi

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda