SEJAK turun temurun masyarakat kita menggunakan manjakani sebagai herba yang mampu menjaga masalah wanita antara pengecutan rahim dan mengetatkan faraj.

Bagaimanapun, benarkah petua lama ini mampu mengatasi masalah wanita seperti yang dinyatakan di atas?

Berikut adalah penjelasannya tentang manjakani yang kita perlu tahu yang dipetik menerusi laman Dr Che Putih Osman.

* Sudah disunting mengikut standard penulisan BumBumCak. Harap maklum.

BACA>>> 4 Tip Pulihkan Rahim Selepas Gugur Supaya Boleh Segera Hamil Semula Longgar dan Lebam? Ini 5 Perubahan yang Terjadi Pada Faraj Selepas Bersalin

APA ITU MANJAKANI

Manjakani

Manjakani atau Quercus infectoria atau Quercus lusitanica bukanlah sejenis buah asli dari pokok oak antaranya Allepo oak dan Lusitanica oak. Ia sebenarnya sejenis keradangan atau bengkak disebabkan telur yang disuntik dari serangga gall wasp pada kulit pokok oak.

Manjakani berasal dari Timur Tengah seperti Turki, Iran, Iraq, Syria dan Lebanon. Telur ini akan menetas di dalam bengkak atau tumor ini dan akan keluar dengan membuat lubang dari buah ini. Proses pembengkakan ini menghasilkan tannins yang sangat tinggi, antaranya gallic acid, ellagic acid dan methyl gallate. Dianggarkan terdapat sekitar 50 hingga 70 % gallotannins, gallic acid dan ellagic acid di dalam ekstrak manjakani.

APAKAH KESAN PENGAMBILAN MANJAKANI KEPADA WANITA

Sebagai orang sains yang bukan bidang perubatan, saya melihat kesihatan manusia ini macam kereta. Kereta yang tidak rosak, tidak perlu ditukar alat ganti atau dibuat servis. Mekanik tidak akan mencadangkan perlunya alignment balancing tayar kalau tidak perlu.

Dia tidak akan mencadangkan kita tukar ganti minyak enjin dan minyak gear kalau belum waktunya. Katakan ada satu bahagian kereta rosak, misalnya berlaku kehausan pada lapisan getah enjin, kalau kita tidak mengambil langkah menukar lining tersebut akan berlaku kebocoran minyak enjin dan seterusnya menyebabkan tali-tali lain yang berasaskan getah mengeras dan merekah.

Ini menyebabkan kita terpaksa menukar tali-tali ini lebih awal dari waktunya. Ia tidak menyelesaikan masalah jika kita sekadar menambah minyak enjin setiap hari, akibat kebocoran minyak enjin sedangkan masalah sebenar adalah lapisan getah pada enjin yang perlu ditukar. Beza manusia dan kereta adalah kalau tersilap tukar alat ganti, alat ganti ada dijual di kedai. Kalau tersilap guna ubat, rosak organ manusia tiada dijual di kedai alat ganti.

Begitu juga bab kesihatan. Orang yang sihat tidak perlu membuat servis yang tidak perlu. Tetapi jika ada masalah kesihatan jangkitan kulat atau bakteria pada alat sulit, doktor akan mengambil sampel dan menghantar sampel untuk mengenalpasti jenis kulat atau bakteria sebelum ubat diberikan.

Namun, jika kita mengambil sendiri ubatan tanpa mengetahui apakah punca sebenar, ibarat menambah minyak enjin pada enjin kereta yang sepatutnya ditukar getah lining. Ibarat wanita yang sihat, tetapi mengambil manjakani, adalah seperti membuat balancing alignment pada kereta yang tiada masalah. Satu pembaziran dan membawa kemudaratan.

BACA >>> Rahim Sihat Bermula Dari Kanak-Kanak. Dr Hamid Kongsi 11 Tip Penjagaan Rahim

APAKAH KELEBIHAN MANJAKANI

1. MENYEMBUHKAN LUKA DAN KERADANGAN

Manjakani digunakan secara tradisi bagi mempercepatkan penyembuhan luka dan keradangan antaranya berkumur dengan air rebusan manjakani untuk menghilangkan tonsillitis.

Manjakani bersifat astringent iaitu mempercepatkan pengecutan tisu badan dan kulit disebabkan kehadiran tannins yang sangat tinggi. Dalam beberapa kajian ke atas tikus, ekstrak manjakani mempercepatkan penyembuhan luka dipercayai disebabkan ia membataskan pertumbuhan bakteria di kawasan luka.

Beberapa kajian di dalam piring petri dan model menunjukkan esktrak manjakani menunjukkan sifat anti-keradangan melalui beberapa kaedah. Ekstrak manjakani juga memberikan meningkatkan penyembuhan luka tikus diabetes. Di dalam perubatan tradisional Thailand, ekstrak manjakani digunakan bagi merawat masalah ulcer dan cirit-birit.

2. MENGURANGKAN PLAK DAN BAKTERIA ANAEROBIK

Selain itu, ekstrak manjakani digunakan sebagai bahan kumur untuk merawat tonsillitis dan gingivitis. Terdapat dua kajian klinikal menggunakan formulasi ubat gigi beberapa herba termasuk manjakani mengurangkan simptom gingivitis, mengurangkan plak dan bakteria anaerobik.

3. ANTIBAKTERIA

Ekstrak manjakani menunjukkan sifat antibakeria terhadap pelbagai jenis bakteria dalam pengujian piring petri termasuk multiple antibiotic resistant Helicobacter pylori, methicillin resistant Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.

Aktiviti aktibakteria ini disebabkan kandungan tannins yang tinggi yang dikatakan melemahkan membrane sel bakteria. Ekstrak manjakani yang dimurnikan dan mengandungi ellagitannin menghalang pertumbuhan E. coli dalam usus tikus yang dijangkiti E. coli yang menghasilkan toksin Shiga (STEC O15: H&) dan menghalang kecederaan buah pinggang. STEC boleh menyebabkan cirit birit, haemorrhagic colitis dan menyebabkan kematian disebabkan haemolytic uremic syndrome.

ADAKAH MANJAKANI MAMPU MENGECUT RAHIM DAN MENGETATKAN FARAJ?

Manjakani

Ini menjelaskan amalan yang diturunkan turun temurun untuk merawat keputihan. Namun, harus diingatkan tidak melakukan diagnosis sendiri kerana ia ibarat menambah minyak enjin pada enjin yang memerlukan penukaran lapisan getah. Kajian ini masih pada piring petri, selain berisiko jangkitan sekunder pada alat kelamin. Terdapat rawatan yang berkesan dan selamat di hospital, menggunakan antifungal atau antibiotik yang ditemui dari sumber alam juga.

Pengambilan gallotannins pada jangka masa lama boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan. Ia boleh memberikan kesan iritasi pada mukosa gastrik, muntah dan cirit-birit dan menyebabkan kesan astringen berlebihan kepada membran mukosa.

Tannic acid boleh menyebabkan kecederaan hati yang berbahaya jika digunakan ke atas kesan terbakar atau sebagai bahan enema. Tannins boleh menghalang penyerapan zat besi oleh badan dan menyebabkan anemia. Ini kerana tannins adalah sejenis sebatian kimia bersifat iron-chelator iaitu membentuk sebation kimia kompleks dengan zat besi dan mengurangkan penyerapan besi oleh badan.

Sesungguhnya sehingga ke jurnal yang terakhir yang saya cari dalam pangkalan jurnal berindeks, berjumlah 250 kesemuanya kajian tentang manjakani, tiada satu pun menunjukkan ia mengecutkan rahim atau mengetatkan faraj. Tiada asas untuk mengambil manjakani setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan, kononnya untuk kesihatan wanita, sedangkan pengguna tidak memerlukannya. Kita pun tidak membuat alignment dan balancing kereta setiap bulan.

Semoga bermanfaat.

SUMBER: DrChePuteh

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda