HARI ini jarang sekali kita dapat lihat seseorang tanpa telefon pintar yang sudah jadi seakan keperluan. Selain bersosial, telefon pintar hari ini menjadi medium pengetahuan dan kerjaya. Tidak hairan penggunaan telefon pintar masa kini boleh dikatakan sentiasa beroperasi 24 jam setiap hari.

Walaupun ramai tahu kesan negatif penggunaan telefon pintar terhadap orang dewasa dan kanak-kanak, tetapi ramai juga tidak risau dan masih tidak peduli tentang bahaya tersebut.

Ada kajian mendedahkan kekerapan melihat peranti komunikasi boleh menyebabkan tahap kecerdikan seseorang merosot. Kanak-kanak ialah golongan paling bahaya dan perlu sentiasa dipantau!

BENARKAH IQ MEROSOT SEBAB KERAP TENGOK TELEFON?

Pasukan saintis Universiti Kolej King’s London, dibiayai Hewlett Packard, melakukan kajian impak ke atas tabiat seseorang bekerja yang kerap memeriksa emel, WhatsApp dan Facebook.

Kajian itu mendapati penyemak tegar gajet, komputer atau tab mengalami kemerosotan IQ sebanyak 10 mata.

Ini bermakna tabiat itu memberi kesan ke atas tahap kecerdikan, yakni semakin lama kita melihat gajet, maka semakin menurun tahap IQ kita. Ini juga diumpamakan seperti tidak dapat tidur satu malam.

Jadi bagi mengurangkan risiko IQ merosot, kita disarankan menyemak atau melihat e-mel, WhatsApp dan Facebook cuma sejam sekali berbanding kekerapan 2-3 minit sekali. Jika boleh jangan lebih 20 minit, lagi kurang lebih baik.

JIKA TERPAKSA ATAS URUSAN KERJA ATAU BISNES, APA PATUT BUAT

  • Baca 20 minit.
  • Alih pandangan pada objek jauh di luar bilik dengan jarak lebih kurang 20 meter.
  • Lihat objek itu 20 saat.

Selepas itu, boleh sambung membaca semula. Kemudian, selepas 40 minit, bangun dan buat sesuatu. Kemudian sambung dan baca semula.

SUMBER: Neuroversiti.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda