KWSP sebenarnya para isteri mesti ambil tahu serba sedikit supaya tidak rasa kecewa apabila gagal mendapatkan wang tuntutan. Bukan sesuatu yang pelik jika ada yang sanggup melupakan darah daging sendiri kerana sifat tamak dan nafsu serakah.

Satu perkara yang para isteri semua wajib tahu tentang wang KWSP suami. Isteri langsung tiada hak walaupun isteri sebagai penama. Kenapa ya?

Tampil memberi kesedaran kepada isteri, khususnya suri rumah di luar sana, Herda Johan, tampil membuat penjelasan supaya tiada kekeliruan. Bagus untuk kita sebagai kaum wanita untuk tambahkan ilmu.

SURI RUMAH WAJIB TAHU PERKARA INI

“Akak baru sahaja baca status kawan akak. Isteri tidak berhak dapat bayaran KWSP jika suami meninggal dunia walaupun penama adalah isteri.

Jadi akak pun cari, apa maksud penama dalam kwsp tu?

Walaupun penamanya ialah isteri, tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan diagihkan mengikut faraid.

Bahasa mudahnya, hendak mudahkan urusan duit itu masuk akaun kita kemudian kita kena bahagikan pada waris yang layak.”

Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%.

BACA>>>> Tip Bajet Kewangan Keluarga: Tidak Salah Biar Isteri ‘Control’ Duit Suami

APA FUNGSI PENAMA KWSP?

Penama  hanya sebagai pentadbir yang urus bayaran duit KWSP itu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah. Kita hanya pegang duit kemudian akan bahagikan dengan lain.

PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP TU.

Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli.

Kalau tiada penama, pihak waris perlu dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pula. Kemudian, akan di agihkan ikut faraid.

Jika isteri atau anak si mati ambil semua, maknanya dia makan harta batil!

Tapi abang akak dah bahagi peratus siap dalam penama? Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi peratus pun masih tidak diguna pakai dan tetap ikut FARAID (untuk orang islam).

BAGAIMANA SI MATI MASIH BERHUTANG?

Jika si mati berhutang, langsaikan dahulu hutangnya dengan duit itu kemudian bakinya pula dibahagikan ikut faraid.

Ramai yang tidak tahu perkara ini terutama suri rumah yang tidak bekerja. Malah suami sendiri pun tidak jelas. Mereka ingat, penama itu sebagai penerima 100 peratus. Sebenarnya bukan! Bukan gila harta.

Tapi ini penting. Suri rumah semua, bincanglah dengan suami demi masa depan.

BERTINDAK DEMI MASA DEPAN

Suami mana mahu biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa bukan? Bukan semua suami mampu carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan. Jadi hanya harapkan simpanan KWSP aja.

Jadi pada suami semu, silalah HIBAH kan KWSP untuk keperluan isteri dan anak jika anda sudah tiada satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke unit Amanah atau Hibah Takaful.

Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.

Banyak cerita kita dengar, suami meninggal, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tidak boleh tuntut sebab perkara ni.

JANGAN AMBIL MUDAH, KERANA HARTA HUBUNGAN DARAH DAGING BOLEH TERPUTUS

Ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan darah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si mati jadi mangsa.

Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati setan sudah terbuka luas, nafsu pun bersarang, darah daging sendiri pun dia tidk peduli lagi.

Itulah sebabnya 2 peratus potong KWSP suami dicadangkan. Bukan sebab gila harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.

Fikir-fikirkanlah akhirat sama…

Info ini bukan hendak menakutkan suri rumah tapi kita wajib tahu supaya jelas.

BACA>>>>  Selepas 30 Tahun Simpan 2 Peratus KWSP, Suri Rumah Dapat Lebih RM100k!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda