RAMAI ibu hamil mengamalkan pengambilan minyak kepala dara (VCO) sepanjang kehamilan sebagai salah satu cara bagi memudahkan proses bersalin, yang mana tidak perlu berhadapan dengan guntingan dan jahitan ketika bersalin.

Tetapi adakah benar minyak kelapa dara mampu melancarkan proses bersalin atau hanya mitos yang direka-reka jurujual bagi melariskan jualan produk mereka?

Pakar Obstetik Dan Ginekologi (O&G) KPJ Selangor, Dr Siti Esah Bahari berkata, ada beberapa kelebihan yang dinikmati oleh ibu yang mengamalkan penggunaan minyak kelapa dara semasa mengandung. Tetapi ia bukan bermakna dengan menggunakan minyak kelapa dara ibu dijamin 100 peratus akan bebas daripada jahitan.

Bagaimanapun, minyak kelapa dara boleh:-

1. MELEMBUTKAN SERVIKS SEBELUM BERLAKU KONTRAKSI

Minyak kelapa dara boleh membantu perubahan serviks. Oleh itu, ia akan memudahkan dan melembutkan serviks sebelum kontraksi.

2. MENGURANGKAN UBAT-UBATAN 

Bahkan masa proses bersalin ia juga mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan prosedur pembedahan.

3. MENGURANGKAN RISIKO KOYAK

Mengurangkan risiko koyak ketika meneran dan ibu tidak perlu episiotomi sekiranya menggunakan minyak kelapa dara sebagai urutan perineum pada hujung kehamilan.


BAGAIMANA URUTAN PERINEUM DILAKUKAN

Urutan perineum menggunakan minyak kelapa dara boleh dilakukan ketika usia kandungan mencecah 35 minggu ke atas.

1. URUTAN BOLEH DILAKUKAN DI:-

  • Atas katil atau bersandar pada dinding
  • Atas Kerusi
  • Atas Mangkuk Tandas
  • Atas Sofa

2. CARA URUTAN

  • Basuh tangan bersih-bersih dan pastikan kuku tidak panjang. Bertenang dalam kedudukan mencangkung di tempat yang selesa.
  • Sapukan minyak kelapa dara. Jangan gunakan minyak lain.
  • Urutan perlu dilakukan dalam bentuk pusingan ‘U’ secara berulang.
  • Urutan ini perlu dilakukan secara perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu, kita boleh merasakan regangan.

SUMBER: MajalahPama

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda