MENGIKUT kajian, ibu bapa yang bertanya soalan 60 peratus lebih banyak kepada kanak-kanak mempunyai masalah kelewatan bahasa berbanding kanak-kanak tanpa kelewatan bahasa.

Kenapa ini terjadi?

Saya faham… ibu bapa sememangnya ingin mendengar anak mereka bercakap. Jadi ada kalanya dengan bertanya soalan, anak akan menyebut sesuatu.

Tetapi… perlu diingat bahawa, terlalu banyak soalan akan membuatkan kanak-kanak kurang mendapat pendedahan kepada pelbagai jenis perkataan dan ayat.

Terlalu banyak soalan juga akan membuatkan kanak-kanak tidak berminat untuk meneruskan interaksi dan mereka tidak berpeluang untuk menyampaikan idea mereka.

Bertanya soalan tidak salah tetapi ELAKKAN bertanya:-

  • Banyak soalan berturut-turut
  • Soalan yang anak tiada masa untuk jawab
  • Soalan yang menguji pengetahuan anak
  • Soalan yang terlalu sukar untuk anak jawab
  • Soalan yang tidak berkaitan dengn minat anak
  • Soalan yang memang terjawab sendiri

Sebaliknya kita boleh bertanya soalan yang

  • Anak kita boleh faham
  • Anak boleh jawab
  • Kena dengan minat anak
  • Mendapat perhatian daripada anak

Dan TUNGGU respon daripada anak. Barulah menggalakkan komunikasi dua hala.

SUMBER: Aishah Kassim

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda