UMUMNYA, kita sedia maklum bahawa minyak zaitu mempunyai banyak kelebihan sebagai sumber zat yang baik buat kita.

Tahukah anda, minyak zaitu sebenarnya mempunyai banyak kelebihan untuk ibu hamil terutamanya dalam memudahkan urusan ibu yang hendak melahirkan. Bagaimanakah minyak zaitu dapat memberi manfaat buat ibu hamil?

JENIS-JENIS MINYAK ZAITUN DI PASARAN

  • pure olive oil
  • virgin olive oil
  • extra virgin olive oil

Minyak zaitun extra virgin ini mengandungi jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, tidak ada bahan kimia tambahan, jernih, lembut, bertekstur, keasidannya kurang dari 1%.

5 KELEBIHAN MINYAK ZAITU UNTUK IBU HAMIL

1. MENGURANGKAN SELULIT

Mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk ibu hamil, terutamanya yang mengalami masalah kulit kering atau selulit.

Untuk mengurangkan regangan dan kegatalan, kandungan vitamin E yang terdapat di dalamnya sangat baik untuk mengekalkan kelembapan secara semulajadi.

Sapukan sedikit pada kulit dengan perlahan-lahan di kawasan yang kering atau selulit. Seeloknya, cuba dalam kuantiti sedikit dahulu dan tunggu beberapa minit untuk melihat jika timbul sebarang reaksi.

BACA>>>> 8 Tip Kurangkan Selulit Lepas Bersalin Guna Bahan Semula Jadi


2. MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH IBU DAN BAYI

Boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh, terutama bagi ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, lebih-lebih lagi pada fasa awal kehamilan.

Vitamin A yang tinggi berpotensi mencegah risiko penyakit seperti demam pada ibu hamil.


3. CEGAH SEMBELIT

Sembelit adalah salah satu masalah yang kerap muncul sejak seorang wanita mula hamil. Medical News Today, melalui laman web mereka menjelaskan ia berkesan untuk menjadi penawar semulajadi bagi masalah.

Ini kerana, lemak sihat yang terdapat dalam minyak zaitun boleh melembutkan najis dan memudahkannya untuk disingkirkan melalui usus. Minyak zaitun juga membantu najis memerangkap lebih banyak air, lalu mengelakkan najis daripada menjadi keras.


4. MELENGKAPKAN NUTRISI

Kaya dengan pelbagai nutrisi yang penting untuk perkembangan bayi dan keperluan ibu hamil seperti lemak, protein, kalori, zat besi, vitamin E, vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 dan juga Vitamin C. Juga membantu tubuh agar penyerapan nutrisi berlaku secara optimum.


5. MUDAHKAN KELAHIRAN

Salah satu petua memudahkan kelahiran adalah dengan melakukan urutan perineum pada bahagian faraj apabila menjelang tarikh kelahiran. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

Selain melakukan urutan tersebut, minyak zaitun juga boleh diminum dalam kuantiti 1 ke 2 sudu setiap hari.i

Bagaimanapun, bersederhanalah dalam kuantiti yang diambil kerana apa saja jenis makanan tidak seharusnya diambil secara keterlaluan.

BACA>>>> Benarkah Ibu Hamil Amal Minyak Kelapa Dara (VCO) Bebas Guntingan Dan Jahitan?

BACA>>>> Ibu Hamil Tak Perlu Suplemen Hanya Amalkan 6 Makanan Tambahan Sihat Ini

SUMBER: OliveAndM

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda