SEJAK dahulu lagi, ibu bapa kita sering menggunakan bedak talkum pada bayi dan kita sendiri menggunakannya hingga dewasa. Bagaimanapun, ada yang mengaitkan bedak boleh menyebabkan anak menghidap asma.

Benarkah bedak punca anak mendapat asma? Jika masih ada ibu bapa yang was-was, baca penjelasan Dr Zubaidi Ahmad ini yang dipetik menerusi laman webnya.


“Salam¬†Dr, saya menggunakan bedak untuk bayi selepas mandi. Adakah ia boleh menyebabkan penyakit asma pada anak saya?…”

Bedak sebuk dan bedak taklum yang digunakan untuk disapukan pada badan bayi adalah selamat, selagi digunakan dengan berhati-hati.

Pastikan bedak tidak memasuki hidung. Jika tidak ia boleh menyumbat pundi udara halus di paru-parunya dan menyebabkan alahan dan asma.

Jarang sekali serbuk bedak ini menyebabkan kesukaran bernafas dan meninggal dunia. Ia hanya berlaku apabila bayi bermain dengan bedak itu sehingga muka mereka diliputi dalam serbuk bedak.

Ada yang mendakwa bedak menjadi penyebab kanser. Bagaimanapun, banyak kajian yang telah menjalankan ujian terhadap bedak mendapati ia TIDAK BENAR.

Tuala lembut yang kering dapat mengeringkan bayi selepas mandi. Serbuk bedak juga tidak melindungi bayi daripada ruam lampin.

Saya lebih mencadangkan agar ibu bapa tidak menggunakan serbuk bedak ini mereka mengalami asma kerana bimbang ia juga menjadi punca anak mereka mendapat asma.

SUMBER: DrZubaidi

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda