ORANG tua dahulu kata, bayi yang dimandikan dengan air sejuk baik untuk kesihatan anak sekali gus membantu menguatkan tulang? Sebab itu, ada bayi dahulu dimandikan saja dengan air sejuk.

Tetapi yang sering menjadi persoalan, bolehkah bayi dimandikan dengan air sejuk? Dan benarkah mandi air sejuk membantu menguatkan tulang bayi?

APAKAH SUHU TERBAIK UNTUK BAYI MANDI

Suhu yang sesuai untuk memandikan bayi yang baru lahir adalah 38 darjah celcius, iaitu air suam yang lebih kurang sama dengan suhu badan.

Pakar Kanak-Kanak, Dr Attila Dewanti juga ada menjelaskan bahawa bayi yang baru lahir terutamanya pramatang tidak seharusnya dimandikan menggunakan air sejuk.

“Bayi seeloknya dimandikan dengan air suam hingga usianya 2 bulan atau lebih ideal hingga usia bayi 6 bulan.

“Bahaya memandikan bayi dengan air dingin adalah hipotermia yang menyebabkannya kedinginan,” katanya.

Hiportemia berlaku apabila keadaan suhu tubuh bayi menurun secara mengejut sehingga wajah bayi nampak kebiru-biruan dan lupa cara bernafas. Ini kerana lapisan kulit bayi masih terlampau tipis jika ibu bapa memandikan bayi menggunakan air sejuk.

Menurutnya, walaupun kulit bayi masih tipis, bayi perlu mandi 2 kali sehari kerana kulit mereka akan berganti setiap 28 hari. Jadi, ia akan membersihkan dan mencegah kuman melekat dan mengelakkan bayi daripada penyakit.

JADI, BENARKAH MANDI AIR SEJUK TULANG JADI KUAT?

Menurut beberapa tradisi orang lama, memandikan bayi dengan air sejuk mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Ia sebenarnya bukan saja sesuatu yang dilakukan oleh nenek moyang kita di Malaysia, tetapi juga di luar negara.

Malah, ada beberapa negara seperti Rusia yang mempunyai tradisi memandikan anak mereka di dalam air sejuk semasa musim salji.

Secara saintifiknya, terdapat beberapa kajian yang menyokong kebaikan mandi air sejuk. Namun, kajian tersebut adalah untuk orang dewasa dan bukanlah spesifik untuk bayi.

CARA MANDIKAN BAYI DENGAN AIR SEJUK

Jika kita merasakan anak kita sudah bersedia untuk mandi air sejuk sebelum usia 6 bulan. Berikut adalah cara-caranya:-

  • Pastikan keadaan sekitar. Pastikan bukan musim sejuk. Suhu akan menjadi lebih sejuk bagi anak kita.
  • Periksa air terlebih dahulu, pastikan air tidak terlalu sejuk.
  • Pastikan anak sihat tidak demam, batuk atau selsema.
  • Sediakan tuala di kawasan berhampiran, supaya terus tualakan anak selepas dimandikan.

NOTA: Tidak disarankan untuk memandikan bayi baru lahir dengan air sejuk. Ini kerana, kulitnya masih tipis dan cara tubuh badannya mengaturkan suhu masih belum stabil.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda