KALAU ikut pesanan orang tua-tua, bayi baru lahir perlu dipakaikan bantal ketika tidur supaya kepala terbentuk bulat dan cantik. Hari ini, kita juga masih lihat ramai kalangan ibu bapa masih menidurkan anak mereka dengan bantal.

Tetapi tahukah anda bahawa bayi di bawah usia 2 tahun yang ditidurkan dengan bantal berisiko mengundang bahaya terhadap kesihatan. Malah mampu mengundang maut?

Ini sebabnya…

1. SESAK NAFAS DAN TERSEDAK

Bantal berpotensi menyebabkan anak sesak nafas atau tersedak. Hal ini boleh berlaku jika kepala bayi diletakkan di tengah bantal berbentuk U, bayi akan mengalami kesukaran memusingkan kepalanya ke salah satu sisi sekiranya dia mahu muntah. Keadaan ini boleh menyebabkan anak tersedak kerana tertelan muntah.

2. PENYEBAB KEPADA KEMATIAN MENGEJUT

Bantal juga dikaitkan dengan sindrom kematian mengejut kepada bayi (sudden infant death syndrome). Hal ini berlaku akibat aktiviti tidak normal otak yang mengawal penafasan dan terbangun dari tidur.

3. BAHAYA KAPAS DALAM BANTAL

Jika bantal terbuka, kapas dalam bantal mungkin akan masuk sedikit ke dalam mulut atau hidung yang mendatangkan risiko anak tersedak mahupun sesak nafas.

4. SARANG KUMAN DAN DEBU

Bantal yang tidak bersih mungkin akan menjadi sarang kuman dan debu yang terhasil daripada muntah, peluh, sisa susu dan minyak. Hal ini mendatangkan masalah kesihatan kepada bayi.

SUMBER: MotherAndBaby

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda