KERAP kali kita terfikir, kalau mahu mendisiplinkan anak, perkataan hukuman pasti terlintas dalam minda. Ramai yang menganggap hukuman dan disiplin saling ada kaitan. Maksudnya, hukuman perlu jika mahu membentuk disiplin. Benarkah?

“Budak ni kalau tak kena cubit atau rotan, memang ‘naik lemak’. Langsung tak dengar cakap. Bila dah kena, baru dia orang tahu takut.”

Disiplin akan mengubah tingkah laku anak untuk jangka masa panjang. Hukuman pula memberikan kesan segera kepada tingkah laku dengan motivasi diri bersifat sementara. Kesannya, boleh menyebabkan anak kurang keyakinan diri selain menimbulkan rasa marah dalam diri si anak.

BEZA DISIPLIN VS HUKUMAN

1. Situasi: Anak kita (usia 3-4 tahun) buang dan sepahkan krayon atas lantai.

Hukuman: Cakap pada anak, “kenapa nakal sangat. Kan ibu dah cakap jangan sepahkan barang maianan!!” Kemudian kita pun pukul tangan anak.

Disiplin: Minta anak kutip barang yang disepahkan. “Sayang, kutip balik crayon tu. Nanti krayon tu rosak dan rumah kita kotor nanti”.


2. Situasi: Anak perempuan umur 4 tahun sepahkan barang mainan.

Hukuman: Pukul anak dan kurung dalam bilik.

Disiplin: Terangkan pada anak, kenapa tidak boleh sepahkan barang mainan. Minta anak untuk kemas dan simpan selepas main.


TINDAKAN MENDISIPLINKAN ANAK

  • Gunakan cara positif untuk beri panduan kepada anak.
  • Ajar anak kemahiran mengikut umur dan kebolehannya.
  • Ajar anak untuk mengawal diri dan emosi.
  • Kita mengawal anak tapi masih menghormati keinginan, kebolehan dan keperluan anak.
  • Bina hubungan positif dengan anak akan buat anak rasa gembira dengan diri mereka sendiri.

TINDAKAN MENGHUKUM ANAK

  • Menggunakan cara fizikal untuk selesaikan masalah.
  • Menyakitkan anak disebabkan kita rasa kecewa dan marah.
  • Secara berterusan mengawal kerenah anak.
  • Kita mahu anak sentiasa mengikut kata dan patuh pada setiap arahan.
  • Memisahkan hubungan antara anak dengan orang tersayang akan buat anak rasa dirinya teruk dan tidak berguna.

TIP ELAK HUKUM ANAK

  • Jangan suka desak atau paksa anak.
  • Beri anak peluang untuk dia lakukan sendiri sesuatu perkara.
  • Maafkanlah kesilapan anak.
  • Berikan pengajaran secara positif.
  • Berikan hadiah sebagai ganjaran kerana anak tidak nakal.

Jadi, hukuman dan dispilin itu sama sekali tidak sama. Mendisiplinkan anak boleh buat mereka membesar sebagai orang cemerlang. Menghukum anak secara kerap boleh menyebabkan anak membesar sebagai seorang yang berdendam dan pemarah.

Jadilah ikutan atau role-model terbaik buat tersayang.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda