KATA orang, setiap kali gigi mula tumbuh, bayi dan kanak-kanak akan demam. Benarkah? Malah, kaitan demam dan tumbuh gigi juga seakan sinonim dengan golongan ibu bapa (bukan di Malaysia saja) kerana suhu badan bayi biasanya meningkat kerana mengalami sakit gusi.

Bagaimanapun, tanggapan itu sebenarnya salah, dan boleh dikategorikan sebagai mitos. Anak demam bukan disebabkan gigi tumbuh, tetapi berpunca akibat jangkitan kuman dan bakteria dari luar.

KENAPA ANAK DEMAM SETIAP KALI TUMBUH GIGI?

Kajian dilakukan saintis di Pusat bagi Kesihatan Kanak-Kanak Komuniti di Hospital Kanak-Kanak Diraja (CCCH) di Melbourne, Australia, Prof Melissa Wake sejak 1990-an lagi mendapati anak sebenarnya tidak mengalami peningkatan suhu signifikan disebabkan tumbuh gigi.

Tetapi, demam ketika tumbuh gigi boleh terjadi disebabkan jangkitan kuman dan bakteria dari luar, dan demam yang dialami ialah kerana tubuhnya sedang melawan jangkitan itu.

Kehadiran kuman dan bakteria dalam tubuh anak disebabkan tabiat si kecil yang suka mengutip objek asing seperti permainan dan dimasukkan ke dalam mulut sama ada mengigit atau mengulum, termasuk menjilat kerana gusi rasa gatal. Jadi, objek atau permainan yang terdedah kepada kuman atau bakteria itulah yang menyebabkan anak demam dan cirit-birit.

Jadi, bagi mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria, kita disarankan selalu membersihkan barang mainan anak.

TANDA-TANDA GIGI TUMBUH

Demam bukan petanda utama anak mula tumbuh gigi, sebaliknya dapat dikesan menerusi beberapa gejala berikut:

  • Air liur meleleh
  • Gusi bengkak atau merah
  • Mudah marah
  • Sering menangis
  • Sukar tidur
  • Sering menggigit, mengunyah dan mengisap
  • Suka menggosok-gosok wajahnya
  • Kurang nafsu makan
  • Suka tarik telinga
  • Kelihatan gigi pada gusi

Semua gelaja itu berlaku dalam beberapa hari ketika gigi ingin menembusi gusi. Bagaimanapun, ada segelintir anak tidak mempunyai sebarang gejala tersebut.

SUMBER: HelloSehat.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda