RAMAI bertanggapan bahawa wanita yang mengalami masalah ketumbuhan cyst pada ovari menjadi punca mereka tidak hamil.

Jadi, apa kata kita ketahui apa itu cyst yang menyebabkan berlakunya Ovarian Cyst dalam kalangan wanita, punca, komplikasi dan rawatannya.

BACA>>> PCOS Punca Wanita Sukar Hamil? Doktor Ini Kongsi Tip untuk Hamil

APA ITU CYST?

Cyst adalah sejenis ketumbuhan, ia bukan kanser dan tidak akan merebak secara merbahaya. Secara lazimnya, ketumbuhan ini membesar secara perlahan-lahan. Dalam bahasa yang mudah, cyst adalah kelompong nipis yang mengandungi air dan boleh berada di mana-mana dalam organ badan. Jika, berada di dalam ovari, ia dipanggil Ovarian Cyst.

Kelompong ini asalnya adalah normal bagi wanita kerana mengandungi telur/ovum. Namun, apabila matang kelompong ini akan pecah dan mengeluarkan telur (ovum) untuk disenyawakan, dan terus membesar melebihi saiz 2cm. Maka, ia dinamakan Ovarian Cyst. Saiz boleh berubah dan bertambah sehingga sebesar sebiji kacang atau telur.

POTENSI OVARIAN  CYST TUMBUH SELEPAS DIBUANG?

Walaupun anda sudah melakukan pembedahan untuk membuang cyst tetapi ia berkemungkin untuk tumbuh semula. Banyak kajian yang menunjukkan rangsangan dari radikal bebas ini menjadi penyebab.

Jika kehadiran radikal bebas ini tidak dikawal dengan baik oleh nutrisi dari makanan yang mengandungi anti oksidan yang banyak atau badan kekurangan anti oksidan kemungkinan besar untuk mendapat cyst semula kerana badan tidak dapat melawan radikal bebas yang menjadi punca ketumbuhan tidak normal sel.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB OVARIAN CYST

1. FAKTOR KETURUNAN

Adalah satu kemungkinan yang memainkan peranan penting. Namun, tidak semua pesakit yang mengalami Ovarian Cyst mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah yang sama.

2. PARAS HORMON TIDAK STABIL

Paras hormon estrogen dan progesteron tidak stabil sangat mempengaruhi kesihatan masalah dalaman wanita. Tidak semua wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akan mengalami masalah ovarian cyst.

3. TEKANAN EMOSI

Tekanan emosi yang tidak dapat dikawal mempengaruhi paras hormon wanita, yang mana akhirnya akan menyebabkan masalah kesihatan wanita terjadi.

APAKAH TANDA-TANDA OVARIAN CYST?

Pada peringkat awal, cyst tidak akan memberikan sebarang tanda. Jika saiznya terlalu besar, ia akan menekan organ lain atau sistem saraf sehingga menyebabkan rasa tidak selesa.

Masalah yang dihadapi apabila cyst sudah membesar:

  • Kembug perut dan bengkak
  • sakit semasa melakukan hubungan kelamin
  • pening dan muntah
  • sakit atau tidak selesa bahagian bawah perut (pelvis) yang teruk

Kebanyakkan cyst ovari bersaiz yang kurang 3cm tidak berbahaya dan akan hilang sendiri tanpa memerlukan rawatan. Namun, jika lebih besar dari 3cm kemungkinan akan mengalami komplikasi.

APAKAH KOMPLIKASINYA?

1. Jika sudah bersaiz besar 6cm, ia lebih mudah berpintal menyebabkan bekalan darah ke ovari akan terputus dan berlaku kerosakkan tisu ovari. Ia akan memberikan rasa sakit yang melampau hingga tidak tertahan.

2. Ia juga berisiko untuk pecah. Anda akan merasa sakit yang tiba-tiba di bahagian mana cyst itu pecah. Jika sebelah kanan, mungkin akan dikelirukan dengan apendik. Pakar mungkin hanya menyedari selepas pembedahan dilakukan.

APAKAH PEMERIKSAAN YANG DIPERLUKAN?

Jika saiz masih kecil dan anda yang tidak pernah tahu tentang masalah ini, anda boleh melakukan pemeriksaan rutin pelvik menggunakan teknik ultrasound, baru doktor dapat mengesannya.

Biasanya, anda akan mengalami rasa tidak selesa atau sakit pada abdomen, barulah doktor melihat dan mengenalpasti kehadiran cyst. Doktor juga boleh mengenal saiz dan posisi ovarian cyst ini, sama ada di sebelah kanan atau kiri.

BACA>>> Dr Hamid Arshat: 20 Makanann Ini Boleh Bantu Kecutkan Cyst Dan Fibroid

BENARKAH OVARIAN CYST PUNCA TIDAK HAMIL?

Sebenarnya ia berlaku secara kebetulan. Tidak semua wanita yang mengalami ovarian cyst sukar untuk hamil. Punca utama masalah kesuburan adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon.

Jadi, jika wanita mengalami masalah tidakkeseimbangan hormon dan mengalami ovarian cyst, kemungkinan dia mengalami masalah kesuburan.

SUMBER: DrZubaidi.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda