ALAHAN dan muntah yang teruk ketika awal kehamilan sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Bahkan, keadaan yang teruk juga boleh menyebabkan ibu kurang nutrisi akibat kurang makan, dehidrasi dan memberi kesan kepada janin.

Bagaimanapun, ada yang yang berpendapat bahawa ibu hamil yang mengalami alahan dan muntah yang teruk ini dikatakan merupakan tanda janin dalam rahim itu kuat! Adakah ini benar atau hanya mitos belaka?

Mari kita baca penjelasan ini…

BACA>>> 10 Tip Atasi Masalah Alahan Ketika Hamil

ADAKAH BENAR ALAHAN DAN MUNTAH PETANDA JANIN KUAT?

Anggapan bahawa ibu hamil yang mengalami alahan dan muntah teruk menjadi pertanda janin kuat dan mempunyai sedikit risiko keguguran adalah BENAR.

Berdasarkan kepada satu penelitian yang dilakukan melibatkan lebih daripada 1,000 ibu hamil pada 2007 hingga 2011 mendapati bahawa ibu hamil yang mengalami alahan dan muntah yang teruk tidak mengalami keguguran.

Angka penelitian ini membuktikan sekitar 75 peratus ibu hamil dengan alahan dan muntah tidak mengalami risiko keguguran dibandingkan ibu hamil yang langsung tidak mengalami alahan dan muntah yang teruk ketika hamil.

BAGAIMANA JANIN MENJADI KUAT AKIBAT MUNTAH YANG TERUK

1. KADAR HORMON HCG YANG TINGGI

Ibu hamil yang mengalami alahan dan muntah yang teruk biasanya mempunyai kadar hCG yang tinggi. Hormon ini menyebabkan kehamilan mudah dikesan dan menjadi petunjuk pertumbuhan janin yang normal dan sihat serta risiko keguguran yang kurang.

2. PERHATIAN LEBIH KEPADA KEHAMILAN

Alahan dan muntah yang teruk menjadi tanda awal kepada kehamilan anda hingga membolehkan anda mengesannya dengan lebih awal.

Hal ini akan memberikan anda perhatian awal pada kehamilan seperti kawalan terhadap pengambilan makanan, mendapatkan rehat yang cukup dan mengurangkan aktiviti yang berbahaya kepada kandungan.

BACA>>> Tip Lahirkan Anak Bijak Bermula Seawal Tempoh Kehamilan

3. MUNTAH TANDA BAYI SIHAT DAN CERGAS

Berdasarkan kepada penelitian pada 2009 yang melibatkan lebih daripada 500 responden (ibu hamil) membuktikan bahawa ibu hamil yang mengalami muntah teruk melahirkan anak-anak dengan IQ yang tinggi.

Menurut hasil kajian ini juga mendapati ketika ibu mengalami alahan teruk menyebabkan perkembangan otak janin yang berada pada tahap pertama menjadi lebih maksimal. Kawalan makanan pada pola pemakanan akibat alahan juga memberi kesan kepada perkembangan otak janin.

Hal ini kerana ibu hamil dengan alahan teruk lebih mudah mengawal pengambilan makanan yang boleh menyumbang kepada alahan seperti makanan dan minuman yang mengandung bahan kimia.

SUMBER: Hamil.Co

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda