TULAR berita tentang bahaya penggunaan bedak Johnson & Johnson yang khabarnya boleh menyebabkan kanser ovari. Ramai ambil peduli, malah ada yang bertindak mahu memboikot jenama produk tersebut.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih tepat dan terperinci tentang berita tersebut, baca perkongsian Dr Rusyainie Ramli ini. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada wanita yang masih kurang jelas mengenai perkara berkenaan.


BEDAK TALKUM SEBABKAN KANSER OVARI?

Inilah masalah rakyat kita. MALAS NAK BACA. Hanya ambil tajuk yang dia nampak saja. Dan terus buat andaian.

Saya nak kena betulkan fakta.

Semua 22 wanita di Amerika Syarikat (AS) yang menang kes lawan syarikat Johnson & Johnson ini, GUNA BEDAK TALKUM DI KEMALUAN. Mereka tabur atas seluar dalam, dekat celah paha, malah atas pad dan juga tampon ketika datang haid. Dan mereka guna berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun.

Kajian mengenai kanser ovari dan bedak talkum ini ada bercanggah dan kaitannya sangat boleh diragui. Nak ulas memang panjang. Tetapi secara kesimpulannya, nak kata pakai bedak talkum di vagina terus jadi kanser ovari itu tidaklah tepat. Kalian boleh baca tentang kanser ovari di https://ediagnosa.com/kanser-ovari-punca-simptom-dan-rawat…/

Sejak 1970-an, asbestos tidak lagi dibenarkan penggunaannya dalam bedak talkum. Johnson & Johnson pun sudah keluarkan kenyataan yang mereka tidak masukkan asbestos dalam bedak talkum. Di AS, mereka mempunyai regulasi ketat kalau bab kosmetik dan bedak talkum termasuk dalam kosmetik.

Saya sudah banyak kali menulis pasal penggunaan produk pada faraj. Sampai berperang dengan netizen yang ada bebalitis. Mesej saya mudah, JANGAN LETAK ATAU GUNA SEBARANG PRODUK untuk bersihkan faraj. Cecair pencuci feminin yang dijual di farmasi pun tidak payah. Semua itu akan bunuh bakteria yang hidup simbiosis yang Allah sudah bagi di kawasan vagina. Nanti yang baik itu mati, bakteria jahat datang. Usahlah kacau kejadian Tuhan.

MERUANG ITU SUDAH TERBUKTI bawa lebih banyak kesan buruk pun. Tolong jangan terpedaya dengan dakyah songsang bani klimaks dan jamu yang tujuan hidup mereka hanya untuk hubungan kelamin.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214760760123228&id=1551720152

Faraj tidak perlulah nak berbau macam letak minyak wangi. Pelik sungguh la. Cuma basuh dengan air paip sudahlah. Kalau ada keputihan tidak normal, terus jumpa doktor. Mungkin perlu dirawat.

Untuk kanak-kanak dan bayi yang pakai lampin, tidak payah pakai bedak. Pakailah krim bersesuaian. Dan tukar lampin dengan kerap untuk mengelakkan ruam dan rengsa.

Bukan Johnson & Johnson saja yang disaman pesakit kanser ovari. Ada beberapa lagi syarikat lain tetapi sebab Johnson & Johnson ini sangat terkenal seluruh dunia, kes ni memang mendapat perhatian.

Apa yang saya nak pesan, bedak ini setakat pakai di kulit macam tangan, kaki dan badan sudahlah. Gunanya nak serap peluh dan minyak. Itu saja. Ada pesakit yang ada alahan pada bedak sebab habuknya, tidak payahlah guna. Untuk pesakit ada ekzema, baik guna krim pelembab yang jenis hipoalergenik. Dan mesti dapatkan rawatan doktor.

Dr Rusyainie Ramli
Tak pernah pakai bedak talkum pun. Tak suka sebab nanti meja solek berhabuk.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda