ANAK tidak mahu menyusu botol boleh jadi masalah besar buat ibu bapa. Pelbagai cara sudah dicuba, daripada menukar botol susu hingga menggantikan puting, tetapi hasilnya tetap sama.

Pening sebab tidak tahu cara? Mari ikuti 5 teknik lain yang dapat membantu anak minum susu selain menggunakan botol susu.

1. DROPPER 

Apabila guna penitis atau dropper, kita perlu memastikan kepala anak lebih tinggi daripada badan. Kemudian titiskan susu ke dalam mulut dan biarkan dia minum dahulu sebelum titisan susu seterusnya diberikan.

2. CAWAN

Situasi ini sering kita lihat di hospital Kerajaan. Cara ini dapat membuatkan anak lebih tenang dan tahu mengelap susu dengan lidahnya, selain belajar menggunakan lidah untuk minum susu.

3. PICAGARI

Ini teknik klasik yang sudah sedia dilakukan sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, cara ini tidak digalakkan kerana anak akan terbiasa disuap dan lupa cara menghisap.

4. SLIPPY CUP

Gunakan cawan sedut atau slippy cup yang ada straw halus bagi mengawal aliran susu untuk membolehkan bayi menghisap. Pastikan slippy cup itu hanya mengalirkan susu keluar apabila dia menghisapnya.

5. SUDU

Anak sudah tahu menggunakan lidah untuk menghirup dan menelan susu. Jadi tiada masalah untuk anak minum daripada sudu. Selain sudu, kita juga boleh dapatkan botol yang siap dengan sudu bagi tujuan berikan makanan pejal atau solid food kepada bayi.


Bagaimanapun, jika anak masih tidak mahu minum susu menggunakan alternatif di atas, jangan risau dan bersabar dalam tempoh dua bulan lagi kerana anak dalam usia 6 bulan sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pejal.

Apa perlu kita lakukan adalah mencampurkan susu bersama makanan pejal. Contohnya, puri pisang dengan susu, atau puri labu dengan susu.

Kita juga boleh buat aiskrim susu dan beri kepada anak. Tetapi, bekukan susu dalam acuan bersih dan tertutup supaya susu masih kekal berkhasiat dan bersih.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda