IBU-ibu di luar sana ada alami masalah puting luka disebabkan bayi gigit puting ketika menyusu? Bayi yang sedang alami gatal gusi atau gigi baru hendak tumbuh memang sangat suka menggigit puting payudara secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Bagaimanapun, kita juga boleh cuba beberapa cara untuk elakkan bayi daripada menggigit puting hingga luka. Jom cuba!

7 CARA ELAK BAYI GIGIT PUTING KETIKA MENYUSU

1. ALIHKAN BAYI

Kita digalakkan untuk mengalihkan bayi secara perlahan-lahan dan berkata pada bayi tentang perasaan ibu seperti “sayang ibu, jangan gigit ibu tau, sakit ibu”.

Biarkan bayi berbaring sendirian sebelum ibu menyambung semula sesi penyusuan. Ini mengajar anak apabila dia menggigit dia takkan dapat menyusu.

2. TEKAPAN MUKA

Tekap muka bayi dengan merapatkan payudara pada mukanya ini akan membuatkan bayi rasa lemas dan susah bernafas yang membuatkan bayi membuka gigitan tadi.

Lakukan setiap kali bayi hendak menggigit. Jadi nanti bayi akan tahu setiap kali dia menggigit, dia akan mengalami masalah susah bernafas.

BACA>>>> Rasa Sakit Ketika Menyusukan Bayi? Cuba 7 Petua Hilangkan Rasa Sakit Bengkak Susu

3. TAHU PUNCA

Untuk mengelakkan gigitan bayi, ibu harus mengenal pasti punca bayi sering menggigit. Mungkin bayi menggigit sebab susu tidak cukup!

Bila sudah tahu punca baru boleh cuba selesaikan masalah ini, antaranya tekapkan payudara dengan tuala suam sebelum menyusu untuk melancarkan pengeluaran.

4. TAHU MASA BILA PERLU BERHENTI

Mesti lebih peka untuk berhentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

5. GUNA JARI

Segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia dari payudara, jika dia mula memggigit. Jangan sesekali ibu leraikan tanpa masukkan jari sebab boleh mengakibatkan kecederaan pada puting payudara.

6. GIGIT ALAT LAIN 

Cara hilangkan gatal gusi bayi dengan memberi alat untuk menggigit seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan dalam peti sejuk beku. Ini adalah salah satu alternatif untuk elak bayi gatal gusi dan dari terus menggigit.

7. ELAK MENJERIT

Cuba elakkan dari menjerit ketika bayi menggigit. Malah jangan sesekali ibu-ibu memukul atau menampar pipinya. Ini akan membuat bayi takut dan tidak mahu menyusu lagi.

Memang kadang-kadang tu rasa hendak marah, jerit dan ada ibu sampai menangis setiap kali bayi menggigit ketika menyusu. Namun apa sahaja yang kita buat ni akan mengganggu proses penyusuan eksklusif.

BACA>>>> 10 Rahsia Banyakkan Susu Badan

SUMBERRachels Remedy | Mazmohd

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda