BAYI baru dilahirkan mempunyai antibodi yang rendah. Sebab itu, bayi sangat mudah dijangkiti pelbagai penyakit yang datang daripada orang lain ketika datang melawat.

Ibu bapa semua, hati-hati ketika ada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang datang berziarah selepas bersalin. Mungkin dengan cara ini boleh membantu mengurangkan risiko anak kita dijangkiti kuman daripada orang lain.

Semoga perkongsian Puan Mazne Aznan ini membuka mata lebih ramai untuk tidak sewenang-wenangnya mencium mahupun  memegang bayi yang baru dilahirkan terutamanya ketika kita mempunyai masalah kesihatan.


Simple Impetigo ke Scalded Skin Syndrome

Dugaan Ummi Abi dan Affan. Hampir sebulan berpantang di hospital.

Cerita ada di setiap gambar . Saya berkongsi untuk kita sama-sama alert dan sentiasa ambil berat dengan keadaan sekeliling anak-anak tersayang.

Terima kasih Doktor Syed Jefrizal Syed Jamal dan jururawat di KPJ Seremban yang sentiasa jaga Affan sebaiknya dan berusaha untuk Affan sembuh dari penyakitnya.

**Saya halalkan untuk share post saya ni dengan niat sebagai peringatan kepada ibu ayah di luar sana. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk anak2 kalian. Amin Ya Allah.

20 Julai 2018
Alhamdulillah. Ummi selamat melahirkan Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan secara normal walaupun hampir 7 jam ummi bertarung dalam labour room. Macam-macam komplikasi. Alhamdulillah Affan keluar ke muka bumi ni dengan tangisan yang ummi abi tunggu-tunggu.

Ummi tidak dapat pegang Affan. Affan terus check in NICU. Sebab perlu bernafas dengan bantuan oksigen. On antibiotic bermakna 3 hari bermalam di Az Zahra Bangi. Bermulalah fasa ulang alik jenguk Affan dan hantar susu.

Ummi ingat anak ketiga ni senang saja ummi lahirkan macam Abg Uwais dulu. Tapi Allah nak duga kekuatan kita.

24 Julai 2018
Affan boleh keluar. Alhamdulillah. Ummi lah makhluk Allah yang paling gembira.

30 Julai 2018
Ummi perasan macam ada tumbuh blister kat muka Affan. Ada 3 biji macam itu dan warna kuning. Ummi tidak sedap hati. Rasa kuning Affan tinggi ke. Sebab cecair dalam itu pun warnanya kuning. Walaupun anak tiga dah, tapi tidak ada pengalaman macam ini sebelum ini. Ummi blurr. So buat keputusan nak check kuning kat KKIA. Pergi KKIA, doktor check kuning, kuning Affan tinggi. Bacaan 312. Tapi cecair itu doktor cakap tiada apa-apa. Tapi still kena refer due to jaundice (kuning).Ummi pegi KPJ Seremban. Affan warded. Malam itu doctor yang baik hati, Dr Syed Jefrizal call ummi beritahu Affan ada IMPETIGO. Ummi tidak pernah dengar pun penyakit apa itu. Doktor minta ummi google dan baca. Doktor minta esok jumpa doctor kat Klinik Pakar.

31 Julai 2018
Cecair itu sudah kering. Doktor terangkan apa itu impetigo. Jangkitan sakit kulit dari orang yang ada sakit kulit. Doktor tanya ada ke yang datang melawat Affan. Mestilah ada kan. Doktor cakap mungkin dapat dari situ. Ummi abi pun terdiam. Selalu baca pasal bayi orang lain terkena jangkitan. Bila kena kat anak sendiri, sama-sama terpaku. Doctor explain tidak perlu risau. Doktor cuba rawat dengan sapu krim. Kalau berkesan, tidak perlu on antibiotic. Ummi lega.

Ulang alik lagi Ummi ke hospital untuk jenguk Affan.

3 Ogos 2018
Alhamdulillah, Affan boleh keluar sudah. Tapi ummi macam tidak berapa happy. Sebab nampak impetigo itu masih ada. Tapi doktor cakap tidak ada apa-apa. Sapu saja krim. Isnin kita jumpa lagi untuk follow up.

Senyum saja dia eh.

Muka Affan yang ummi rasa impetigo itu ada menyorok kat tempat lain. Ummi rasa Affan belum sembuh sepenuhnya. Kata hati seorang ibu itu benar kan. Memang Affan belum sembuh sepenuhnya.

4 Ogos 2018
Dahi Affan keluar cecair penuh macam ini. Ummi susah hati. Kuat sangat rasa hati cakap Affan tidak sembuh lagi. Dan betullah kata hati tu. Masih ada impetigo yang menyorok dalam hidung dan telinga Affan.

Keadaan Affan masa ni buat Ummi berendam air mata saja. Allahuakhbar.

Dah mula naik kuping-kuping kuning area mulut Affan.

5 Ogos 2018
Ummi sudah tidak boleh nak tunggu sampai Isnin. Ahad itu ummi ajak abi pergi KPJ semula. Alhamdulillah rezeki Affan. Dr Syed memang on call masa itu. Dr Syed minta maaf kat ummi abi sebab terpaksa cucuk Affan dengan antibiotic dengan keadaan Affan macam ini. Ummi redha. Janji Affan sembuh.

6 Ogos 2018
Mata Affan tidak boleh buka. Masa ini penuh kuping-kuping itu kat mata Affan.

7 Ogos 2018
Alhamdulillah, mulut Affan sudah bersih. Tinggal mata belum boleh buka. Petang itu ada appointment dengan doktor pakar kulit.

8 Ogos 2018
Baju memang tidak boleh pakai. Tapi Alhamdulillah, Affan makin positif. Kulit makin mengering dan menggelupas dengan sendiri. Masa ini Affan kena tambah lagi 1 jenis antibiotik lepas doktor diagnos Affan Scalded Skin Syndrome.

Alhamdulillah Affan semakin pulih. Ummi pun makin happy.

9 Ogos 2018
Muka Affan dan bersih, mata sudah boleh buka. Masa ini tinggal kelengkang dan punggung Affan yang masih luka.

Alhamdulillah…

Tinggal badan saja menggelupas sikit demi sikit ganti kulit baru.

Affan sudah boleh pakai baju. Alhamdulillah.

12 Ogos 2018
Alhamdulillah Affan sudah boleh keluar hospital. Ummi abi bersyukur sangat sebab Affan dah sembuh. Tinggal kulit tangan dan badan saja nak salin kulit baru.

Keadaan Affan masa hari kedua di hospital. Kulit semua melepuh.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesembuhan kat Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan. Alhamdulillah, Affan dah 45 hari.

Affan kena kuat macam Ummi Abi.

Kurniaan terindah dari Allah SWT. Ummi sampai sekarang fobia. Berjaga-jaga wahai ibu ayah sekalian. Tidak apa kalau nak kedekut dengan anak yang baru lahir. Tidak apa kalau tiada yang melawat. Bayi baru lahir, antibodinya tidak kuat. Senang sangat dapat jangkitan apa-apa pun.

Saya sebelum ini banyak baca cerita pasal orang lain. Tapi bila kena kat diri sendiri, rasa bersalah sangat kat Affan. Allahuakhbar, terima kasih di atas kesembuhan yang Kau Berikan. Sesungguhnya hanya Kaulah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.

Semoga hero-hero ummi abi sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda