IBU BAPA mana yang tidak panik apabila anaknya telan 1 jarum jahitan hingga menembusi paru-paru.

Tragedi hampir meragut nyawa ini berlaku di Beijing, seorang bayi lelaki berusia 9 bulan hampir maut selepas tertelan jarum jahit sepanjang empat sentimeter yang ditinggalkan ibunya.

BACA>>> Doktor Ini Kongsi Cara Kenal Pasti Anak Telah Masukkan Benda Asing Ke Dalam Hidung

MAK BERJAYA KELUARKAN 2 JARUM

Kanak-kanak itu diselamatkan selepas menjalani pembedahan selama dua jam untuk mengeluarkan jarum itu yang tercucuk di tekak hingga menembusi ke paru-parunya.

KanKan News melaporkan, kejadian berlaku apabila ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Li menjahit baju di rumahnya dan membiarkan kotak jahitan di atas meja.

Kanak-kanak itu mencapai kotak berkenaan dan menarik satu jarum sebelum memasukkan objek itu ke dalam mulutnya.

Wanita itu berjaya mengeluarkan dua jarum di dalam mulut anaknya tetapi satu lagi jarum didapati hilang.

PEMBEDAHAN TERLALU BERISIKO, HOSPITAL ENGGAN LAKUKAN PEMBEDAHAN

Dia segera memberitahu suaminya dan terus membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Bagaimanapun, doktor di hospital itu gagal mengeluarkan jarum berkenaan dan enggan melakukan pembedahan kerana ia terlalu berisiko.

Pasangan itu pergi ke beberapa hospital lain tetapi jawapan yang diterima adalah sama sebelum mereka mendapatkan rawatan di Hospital Kanak-Kanak Nanjing dua hari kemudian.

BACA>>> Kenal Pasti 10 Tanda Anak Sudah Tertelan Objek Asing

BERJAYA SELEPAS PEMBEDAHAN 2 JAM

“Jarum itu tersangkut di bahagian kiri tekak dan menembusi dinding hingga tercucuk paru-parunya,” kata seorang doktor pakar, Dr Zhao De Yu.

Katanya, pembedahan itu sangat berisiko tetapi kanak-kanak itu mungkin mati sekiranya jarum berkenaan tidak dikeluarkan segera.

Selepas menjalani pembedahan selama dua jam, doktor akhirnya berjaya mengeluarkan jarum berkenaan.

Kanak-kanak itu bernafas menggunakan bantuan mesin tetapi akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi.

SUMBER: Hmetro

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda