BAYI lelaki berusia setahun terperangkap kira-kira 15 minit  di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya ketika lelaki terbabit keluar seketika untuk ke sebuah klinik di Tangga Batu semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa bersama seorang lagi abangnya yang berusia 10 tahun ditinggalkan sebentar oleh bapanya untuk membuat pendaftaran di klinik terbabit.

PINTU TERKUNCI

Bagaimanapun, abang kepada kanak-kanak terbabit secara tiba-tiba telah keluar mendapatkan bapanya yang berada di dalam klinik dan kereta yang dalam keadaan enjinnya dihidupkan telah terkunci pintu secara automatik.

Selepas beberapa minit usaha untuk membuka pintu kereta jenis Nissan Grand Livina itu gagal, bapa mangsa akhirnya terpaksa menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

BACA>>>> Berita Baik Untuk Ibu Bapa. Tiada Lagi Peperiksaan Tahun 1, 2 Dan 3 Bermula 2019

DISELAMATKAN OLEH PIHAK BOMBA

Gambar sekadar hiasan

Bomba yang menerima panggilan pada jam 11.05 pagi telah menghantar sepasukan anggota seramai empat orang termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu ke lokasi untuk kerja menyelamat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nyat berkata, pihaknya mengambil masa hanya kira-kira dua minit untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan menggunakan beberapa peralatan khas.

“Kita terpaksa mengumpil pada bahagian pintu sebelah tempat duduk pemandu menggunakan alat khas sebelum keseluruhan pengunci pintu berpusat kenderaan itu dapat dibuka.

BACA>>>> Budak Perempuan Usia 2 Tahun Lemas Terjatuh Dalam Parit

SUMBERSinarMy

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda