ORANG Malaysia memang suka makan. Asal ada sahaja kedai baru buka sudah pasti ramai yang berkunjung hingga sudah menjadi kebiasaan untuk makan di luar berbanding di rumah.

Tidak salah! Cuma, pastikan kebersihan makanan itu terjamin kerana dikhuatiri akan menyebabkan keracunan makanan akibat makanan yang tercemar dan tidak bersih kepada keluarga kita.

Berikut adalah 6 cara untuk kenalipasti kedai yang dikunjungi itu bersih dan makanan dijamin bersih perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebooknya.


Banyak kali, doktor. Sampai nak terjulur usus!”

Huish, macam itu sekali dia gambarkan keparahan cirit-birit dia. Sampai nak terjulur usus. Parah betul. Dia ini dapat gejala keracunan makanan selepas makan di sebuah gerai.

Perkara macam ini boleh dielakkan jika kita lebih berhati-hati pilih tempat makan. Bukan sahaja kena pilih tempat yang makanannya sedap, kena pilih yang bersih juga.

BACA>>> Nak Anak Gemuk Tetapi Sihat? Mari Cuba 8 Makanan Berkhasiat Ini…

MACAM MANA NAK TAHU TEMPAT MAKAN ITU BERSIH? LIHAT 6 PERKARA INI

1. MEJA MAKAN

Bila kita ke gerai atau restoran, perkara pertama kita pasti sentuh adalah kerusi dan meja makan. Jika berminyak dan ada sisa-sisa makan yang tidak dibersihkan dengan betul di atas meja, begitulah juga meja penyediaan makanan di dapur mereka.

2. PENGENDALI MAKANAN

Pilih premis makanan yang tukang masaknya memakai apron, penutup kepala dan sarung tangan ketika mengendalikan makanan. Pelayannya berpakaian bersih, rambut tersisir rapi dan berkuku pendek, bukan macam Hantu Kak Limah.

3. TANDAS

Lihat tandas premis, jika kotor, pili air tersumbat, tiada sabun, tiada tisu, maka kemungkinan dapur premis berkenaan juga begitu. Kalau kawasan sekitar gerai pun sudah macam tandas, tidak usahlah makan di situ, walaupun orang kata sedap.

4. PENGDREDAN PREMIS MAKANAN

Pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memberi gred kepada premis makanan berdasarkan kebersihannya: Gred A (amat baik), B (baik) dan C (memuaskan). Maka pilih premis makan yang bergred tinggi. Gred ini premis kena pamer.

5. LOGO BESS

Ini adalah pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merangkumi 3 aspek iaitu bersih, selamat dan sihat. Pengiktirafan ini, saringannya ketat. Kena pergi kursus, dipantau, jika melepasi piawaian, barulah diberi sijil BeSS. Restoran, gerai, warung, caterer, food truck pun boleh mohon BeSS.

6. ULASAN PELANGGAN

Zaman sekarang ini, kebanyakan tempat makan ada geo-tagging dan di situ boleh letak ulasan(review). Bacalah review pelanggan lain tentang tempat makan itu. Namun ingin diingatkan, review pelanggan ini kadangkala subjektif dan tidak berapa tepat.

Selain tu, setelah makanan dihidang, pastikan makanan itu masih elok sebelum kita mentekedarah.

3 CARA MENGENALI MAKANAN YANG SUDAH BASI

  1. Lihat: berbuih, berlendir, berubah warna
  2. Hidu: bau kurang yang menyenangkan
  3. Rasa: masam dan basi

BACA>>> 6 Jenis Makanan Ini Ibu Bapa Perlu Elak Beri Pada Bayi Di Bawah 1 Tahun

Sudah tahu cara ini? Sudah itu kenapa makan juga? Lain kali kalau basi, buang. Jangan sayang sangat nak buang, nanti membuang-buang lagi susah. Kan?

Oh ya! Kalau kamu pengusaha makanan dan nak tahu macam mana nak dapatkan pengiktirafan BeSS, boleh pergi saja ke Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan di Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat. Mereka akan bantu. Percuma saja.

Mohon sebarkan ya!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
#jommakanselamat #BKKMnakpesan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda