SAYA baru sahaja melakukan pembedahan Laparoscopy kepada 2 pesakit. Saya lihat kedua-dua ada mengalami masalah jangkitan kuman dalam peranakkan yang menyebabkan banyak masalah. Salah satunya saluran jadi sumbat.

Punca kesumbatan saluran filloppian yang mana akhirnya mencegah pertemuan benih suami dengan telur akan mengakibatkan masalah ketidaksuburan. Sering juga menjadi punca jangkitan kuman dan ada juga tumpahan darah kotor yang tidak mengalir keluar tetapi tumpah daripada belakang dalam penyakit endometriosis.

Jadi saya ingin memberi sedikit panduan kepada wanita cara mencegah jangkitan kuman pada peranakkan.

TANDA-TANDA

  • Keputihan
  • Lelehan berbau dan gatal sekitar kemaluan
  • Berwarna kuning atau hijau

Jangkitan bermula pada saluran faraj dan masuk ke dalam faraj dan seterusnya ke dalam saluran.

KENAPA WANITA MUDAH DIJANGKITI KUMAN PADA FARAJ

1. Tidak menjaga kebersihan selepas berhadas kecil dan besar. Tidak membasuh kemaluan dengan bersih dan apabila haid tidak menjaga kebersihan sekitar faraj.

2. Imuniti rendah disebabkan makanan yang tidak seimbang. Oleh itu, disarankan mengambil vitamin C lebih daripada biasa. Makan sayur dan buah untuk mencegah jangkitan kuman.

3. Minum air masam seperti jus lemon, jus cranberry yang boleh meningkatkan imuniti dan membersihkan kencing dan kawasan kemaluan.

4. Bagi yang terlalu gemuk dan obesiti mudah dijangkiti kuman pada peranakkan.

5. Penggunan alat dalam rahim IUD juga mudah dijangkiti kuman pada faraj.

BAGAIMANA CARA BERSIHKAN FARAJ ELAK JANGKITAN KUMAN

Jadi, salah satu caranya adalah dengan membersihkan faraj dengan air garam iaitu Saline douching.

BAHAN-BAHANNYA

  • 1 sudu garam halus
  • 1 gelas air suam
  • Gelas pakai buang
  • Kapas
  • Versalin
  • Sarung tangan

CARA-CARANYA

  • Larutkan 1 sudu garam ke dalam segelas air suam pakai buang
  • Pakai sarung tangan dan lumurkan dengan versalin untuk pelincir
  • Kemudian celup kapas ke dalam air garam
  • Kapas itu masukan ke dalam kemaluan dan dikeluarkan
  • Buang kapas yang telah digunakan
  • Gunakan kapas baru dan ulang sebanyak 4 -5 kali

Lakukan pembersihan ini selepas mandi petang agar apabila melakukan hubungan kelamin bersama suami pada malamnya, kemaluan bersih dan memudahkan untuk hamil.

Mencuci faraj dengan air garam adalah sangat baik diamalkan oleh semua wanita bagi menjaga kebersihan faraj dan peranakkan kerana ia paling selamat, semulajadi, bebas bahan kimia dan organik.

SUMBER: FB Dr Hamid Arshat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda