SEORANG bapa yang sepatutnya menjadi pelindung tergamak menjadikan tiga orang anaknya sebagai pemuas nafsu.

Menurut laporan Sinar Harian, ketiga-tiga beradik yang berusia setahun, tiga tahun dan lima tahun itu bukan sahaja dicabul, malah dirogol oleh bapa kandung mereka yang berusia 32 tahun.

Perbuatan keji itu dilaporkan berlaku sejak setahun lalu di rumah mereka di Semenyih, Selangor.

TERGAMAK ROGOL ANAK SENDIRI

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, menerangkan bahawa siasatan gangguan seksual terhadap ketiga beradik itu dibuat selepas ibu mangsa membuat aduan polis pada 23 Oktober.

“Susulan laporan itu, ketiga mangsa dirujuk ke Doktor Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kajang pada 24 Oktober lalu untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan lama pada ketiga mangsa dan pemeriksaan doktor pakar pembedahan mendapati tiada kecederaan pada bahagian dubur,” katanya seperti yang dipetik oleh Sinar Harian.

Encik Ahmad Dzaffir menerangkan bahawa suspek berjaya ditangkap pada pukul 11.45 pagi di tempat kerjanya di Sungai Long, Kajang pada 25 Oktober.

Sinar Harian turut menukil beliau sebagai berkata: “Suspek ditahan dan dibawa ke Mahkamah Kajang pada 26 Oktober lalu untuk mendapatkan permohonan reman daripada Majistret. Kes disiasat di bawah Seksyen 376(b) Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor pada hari ini dengan cadangan saspek dituduh dibawah Seksyen 14(a) AKSKK 2017.”

SUMBERSinarHarian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda