SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai  didera bapa kandungnya,

Menurut laporan daripada doktor di Hospital Serdang mengenai kanak-kanak itu yang dibawa keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 10.30 malam, pada 5 Disember (2018)

DIPERCAYAI DIPUKUL DENGAN OBJEK TUMPUL

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan fizikal mendapati terdapat kecederaan fizikal dengan kesan luka di bahagian kepala, badan, kaki dan tangan, selain kesan lebam di seluruh badan,” kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff.

Hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak malang itu petang tadi mendapati kematiannya disebabkan kecederaan tumpul berganda pada keseluruhan badan.

BACA>>>> Bapa Kandung Rogol Dan Liwat Anak Dihukum Penjara 24 Tahun Dan 15 Sebatan

BAPA MANGSA DITAHAN

Bapa mangsa kini telah ditahan. Beliau berkata mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Siasatan awal mendapati suspek menjaga ketiga-tiga anaknya kerana isterinya telah meninggalkan rumah sejak dua bulan lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan, Azlinda Abtu di talian 0126853281.

SUMBERSinarMy

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda