PASTI bimbang kalau anak tiba-tiba disahkan menghidap autisme. Apa yang terlintas dalam fikiran ialah masa depan anak itu nanti. Sebab itu, pengesahan awal sangat penting supaya anak dapat rawatan awal.

Berikut perkongsian Abdul Malek MB tentang bagaimana dia dan isterinya mengesyaki anaknya, Ibrahim ialah pesakit autisme seawal usia 3 tahun.

Abdul Malek mengharapkan perkongsiannya ini dapat dijadikan panduan berguna kepada semua ibu bapa di luar sana dalam usaha mengenal pasti tanda Autisme pada anak mereka dan segera berjumpa pakar.


Ramai bertanya bagaimana saya dan isteri boleh kesan anak autisme?

Agak meletihkan untuk beri jawapan atau jawab satu persatu kepada setiap individu. Jadi saya ambil keputusan untuk tulis status ini bagaimana saya dan isteri dapat kesan anak saya autisme walaupun awalnya saya tidak tahu mengenai autisme.

Ibrahim didiagnosis dan disahkan autisme pada 30.11 pada usia 3 tahun 1 bulan.

Pada awalnya tidak berapa perasan sebab Ibrahim anak sulung dan fizikalnya normal dan pembesaran fizikalnya juga normal. Dengan izin Allah, usaha mak mertua untuk bawa cucunya didiagnosis, membawa Ibrahim kepada pakar.

Sebelum diagnosis, mula-mula perasan dan agak pelik apabila…

1. Usia Ibrahim 2 tahun hingga tarikh didiagnosis langsung tidak mengeluarkan suara walaupun pada usia setahun dia sudah keluar beberapa perkataan.
2. Apabila dipanggil tiada sahutan dan tidak menoleh.
3. Tidak bermain permainan lego (bricks) yang dibeli dan bermain dengan cara yang tidak sepatutnya walaupun sudah diajar beberapa kali.
4. Main permainan seperti lori dan kereta dengan cara agak pelik. Main tayar, sembunyi dan susunkan semuanya bawah sofa.
5. Selalu bangun malam. Biasa pukul 2 pagi terjaga hingga 4-5 pagi dan kadangkala hingga Subuh. Apa dia buat? Bermain sendirian, melompat-lompat, kadangkala ketawa sendirian, kadangkala menangis sendirian tanpa sebab.
6. Dua minggu pertama di taska hampir semua rakan digigitnya. Ketika itu usia 2 tahun 4 bulan.
7. Apabila bercakap dengan dia, tiada eye contact. (Kita sedang cakap dengan dia tapi dia tengok tempat lain)

Di atas ialah antara tanda yang dikesan pada Ibrahim hingga membawa saya untuk hantar dia didiagnosis.

Selepas diagnosis, saya termenung lama dan merenungi perjalanan ibrahim sejak dia lahir. Rupanya tanda autisme itu sudah ada sejak dia bayi lagi. Antaranya:

  1. Dia bayi yang paling senang jaga. Menangis ketika lapar saja. Lepas kenyang tidur.
  2. Meraung-raung ketakutan apabila isteri hidupkan blender untuk memasak. Apabila usia setahun lebih, wajah dan cara ketakutan yang sama saya perasan apabila dengar mesin rumput.
  3. Ibrahim ialah bayi yang tidak pernah jatuh katil walaupun sekali. Ketika sudah pandai meniarap dan merayap serta merangkak dia akan rasa dahulu sebelum turun katil. (Bijakkan?)

Pada Usia 1-2 tahun

4. Flapping hand (kibas/gerakkan tangan) ketika usia setahun lebih dengan sangat kerap.
5. Suka berjalan jinjit kaki. Berulang-ulang kali.
6. Suka berpusing-pusing ikut kipas. Berulang-ulang kali.
7. Mula mengeluarkan perkataan pertama iaitu bi (abi), nek (nenek), nak, juk (sejuk) dan kemudian ketika umur 2 tahun hilang terus.
8. Nak makan atau minum sesuatu dia cuba rasa pada hujung lidah dulu. Kalau lembik, dia tidak akan makan. Kalau panas atau kelat, tawar dia tidak akan minum.
9. Suka main bawah meja, bawah kerusi.
10. Trauma dengan air.
11. Ketawa dan menangis tanpa sebab. Tiba-tiba saja.
12. Tidak bermain di taman permainan.
13. Kerap bangun malam.
14. Tidak bermain bersama sepupu sebaya.
15. Jika mahu makan, dia akan bawa pinggan kepada saya atau umi dia. Jika nak minum dia akan bawa bekas air kepada kami.

Pada usia 2-3 tahun

16. Langsung tiada suara. Senyap saja.
17. Segala permainan, peralatan semua akan dimasukkan dan di susun bawah sofa.
18. Gila bermain dengan ATV dia dan bola.
19. Menangis dan ketawa sendirian tanpa sebab.
20. Peralatan yang bergerak seperti kipas berdiri dikerjakan hingga patah bilah. Sebab suka sangat dengan angin.
21. Masih trauma dengan air. Air paras lutut sudah menggigil satu badan.
22. Flapping hand dengan lebih kerap.
23. Gigit kawan-kawan taska yang mengganggu dia. Dan gigit yang satu jenis paten budak – chubby dan putih.
24. Tidak boleh duduk diam walau sesaat. Kecuali penat dan tido.
25. Suka memanjat. Pernah asingkan kerusi dari meja. Tapi dia pandai pilih kerusi. Dia ambil kerusi ringan diguling-gulingkan ke meja kemudian panjat. (bijakkan?)
26. Tiada eye contact. Suka melarikan mata.
27. Sukar dipegang.
28. Agak mudah tantrum. Apabila tantrum dia akan melompat-lompat, guling-guling dan pernah menghantuk kepala ke dinding.
29. Jika jatuh teruk, dia hanya menangis kurang 10 saat. Kemudian main semula.
30. Tidak bermain bersama sepupunya. Buat hal dia saja.
31. Tukang ‘kemas’ rumah. Cadar, alas meja semua, baju semua diselongkarkan. Segala benda atas meja akan di turunkannya.
32. Jalan suka jinjit. Pijak rumput jinjit. Pegang daun hujung jari. Mengelak dari badan kena daun pokok.
33. Suka berpusing-pusing ikut kipas siling rumah. Dan suka pusing-pusing mengelilingi badan kita. Berulang-ulang kali.
34. Tidak pandai bermain di taman permainan walaupun main gelongsor dan naik buaian.
35. Tidak ikut aktiviti di sekolah. Tetapi tidak kacau orang. Buat hal dia sendiri. Hanya baik dengan cikgu tertentu saja.
36. Kerap bangun malam. Biasa jam 1 atau 2 pagi bangun dan berjaga hingga 4-5 pagi atau kadang-kadang sampai lepas Subuh baru tidur semula.

Saya harap jawab soalan bagi yang bertanya. Pastikan M-Chart anak dibuat betul dan bawalah anak cepat-cepat jumpa pakar yang berkaitan (pakar kanak-kanak dan bukan semua pakar kanak-kanak boleh mengesahkan anak anda autisme).

Jika ada tanda-tanda autisme yang common seperti lambat bercakap (speech delay), tidak bersosial, kerap flapping, ketawa atau menangis tanpa sebab, tiada eye contact dan aksi berulang (repetitive action), silalah bawa untuk didiagnosis segera.

Sesudah diagnosis, jika sah autisme, mohonlah kad OKU secepatnya sebab bukan untuk ibu bapa tetapi untuk kebajikan anak supaya mudah diterima di pusat intervensi awal Kerajaan. Swasta ada cuma agak tinggi kosnya. Salah satu yang termurah, bawa ke NASOM. Jika mampu bawa ke pusat swasta yang kadarnya antara RM2,000-RM3,000 sebulan untuk separuh hari, bagi saya tiada masalah. Cuma still, the best terapis (terapi OT, ST, Daily routine dan diet) untuk anak autisme ialah ibu bapa sendiri.

Jika anak sudah sah autisme, perkara pertama sekali, buatlah sujud syukur dan belajar terima seadanya serta tidak membandingkan dia dengan kanak-kanak lain, sebab anak autisme berbeza dengan kanak-kanak tipikal (normal). Kemudian ikutlah grup Autisme Malaysia, ramai teman sekasut anda ada di situ, pinjam bahu mereka.

Jika perlu nangis, menangislah semahunya dalam doa anda. Mengadulah dengan sepenuh jiwa kepada yang Maha Mendengar ,Maha mengetahui, Maha memahami lagi Maha penyayang. Insya-Allah, bantuan-Nya akan tiba tepat ketika kita memerlukan.

Pakar pengkaji belum jumpa punca sebenar terjadi autisme. Jadi, bukan mudah ibu bapa menerima dengan redha anak autisme, apatah lagi orang luar (apatah lagi apabila dengar cerita daripada mulut ibu bapa yang mengajar anak autismenya, didik hanya untuk mandi berdikari sendiri. Dari buka baju sampai pakai baju semula mengambil masa setahun). Segala tekanan, stres kita sama-sama kembalikan kepada yang Maha menjadikannya. Dia Maha perancang dan perangcang-Nya yang terbaik untuk kehidupan kita bersama anak autisme yang memerlukan 25-40 jam seminggu terapi.

Apa paling nyata sekali. Allah sayang kita semua dan kita cintailah Allah semahunya kerana hanya Dia yang tahu atas anugerah-Nya ini. Pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu yg terbaik untuk kita di dunia ini. Jadikan ini sebagai platform untuk menjadikan Allah bertambah sayang kepada kita sekeluarga. Kejar syurga-Nya. Dapatkan redha dan rahmat-Nya kerana pasti Allah sediakan balasan sebaik-baiknya dan bukankah syurga itu sebaik-sebaik balasan?

Alhamdulillah kini Ibrahim sudah banyak kemajuannya, cuma masih perlu banyak lagi perlu dilakukan untuk Ibrahim.

Jika ada yang ingin menambah, dipersilakan sebab setiap satu anak autisme itu berbeza-beza. Every single one is unique.

To Parent Yang Mempunyai Anak Autisme. You are the best parents i have ever met in my entire life. You are Special. You are super natural parents ! Keep it up !

Hopefully me and my wife can be strong as strong as you gais and learn as much as we can from you gais. I still have looonngggg journey to walk, play and learn with my autism son with Allah permitted. Thank you for everything. May Allah bless you very very much !

SUMBER: Abdul Malek MB

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda