RAMAI  gemar makan peria walaupun rasanya pahit. Peria ada banyak khasiat kepada kesihatan terutama ibu hamil. Bagaimanapun, tidak ramai yang berani makan ketika hamil kerana mengikut kata orang tua, peria boleh menyebabkan pendarahan ketika hamil.

Jadi apa kata kita baca artikel ini tentang kebaikan dan keburukan makan peria untuk ibu hamil.

APAKAH ITU PERIA?

Peria atau lebih dikenali sebagai Bitter Gourd atau Bitter Melon ialah sejenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai herba dan kaya nutrisi seperti vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin B1, B2, B3, dan folat.

Selain itu, buah itu juga mengandungi pelbagai mineral seperti zat besi, kalsium, kalium, seng, magnesium dan fosfor serta karbohidrat, antioksidan termasuk serat.

JADI APAKAH MANFAAT PERIA KEPADA IBU HAMIL?

1. KAYA DENGAN FOLAT

Peria mengandungi folat baik atau asid folik yang diperlukan ketika kehamilan bagi mengelakkan kecacatan pada tiub saraf bayi dalam kandungan.

2. RAWAT GANGGUAN PENCERNAAN

Peria yang kaya dengan fiber mampu merawat sembelit. Namun, kesan sampingan peria menyebabkan perut memulas.

3. MENURUNKAN GULA DALAM DARAH

Beberapa kajian menunjukkan bahawa ibu hamil yang makan peria dapat menurunkan gula dalam darah dan kadar HbA1c (pemeriksaan darah untuk memantau kadar gula). Hal ini boleh berlaku kerana peria mengandungi senyawa kimia tersimpan seperti insulin hingga dapat menurunkan gula.

4. TINGKAT IMUNISASI

Peria mengandungi Vitamin C yang baik untuk imunisasi badan. Ibu hamil yang makan peria boleh mengelakkan daripada demam selsema dan batuk.

5. KAYA DENGAN PELBAGAI NUTRIEN

Peria mengandungi besi, kaya vitamin, niacin, potassium, asid pantothenic, zink, pyridoxine , manganese dan magnesium yang diperlukan ibu dan anak dalam kandungan.

6. KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT

Dengan kandungan yang kaya dengan fiber, peria mampu mengurangkan rasa lapar, yang juga dapat mengelakkan makanan ringan.


KESAN BURUK PERIA KEPADA IBU HAMIL

1. MASALAH PENCERNAAN

Makan peria dalam kuantiti yang banyak atau berlebihan daripada diperlukan boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti cirit birit dan perut memulas.

2. BOLEH MENYEBABKAN TOKSID

Peria mengandungi banyak komponen alkali yang boleh menyebarkan toksik dalam badan seperti sakit perut, muntah, muka merah, cirit-birit, pengeluaran air liur yang banyak dan otot lemah.

3. KELAHIRAN PRAMATANG

Peria boleh menganggu uterus dengan memberi kesan kepada kelemahan otot dan menyebabkan kelahiran pramatang.

Ibu hamil disarankan mendapatkan nasihat pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) terlebih dahulu sebelum mengambil peria dalam makanan.

SUMBER: 7reMIX Healthy Tips TV

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda