WAH, seronoknya bila tengok anak tidur dalam bilik dengan aircond rumah terpasang kuat! Ibu pun dengan senang hati membuat kerja-kerja lain.

Betul, setiap rumah sekarang mesti ada sekurang-kurangnya satu aircond rumah terutamanya di bilik tidur.

Tapi pernah tidak kalian terfikir apakah elok anak kecil tidur dengan kesejukan aircond?

AIRCOND PUNCA ANAK INI TERKENA PNEUMONIA

Cerita ini dikongsi oleh Zia Saad melalui akaun Facebooknya, di mana bayi dia yang masih kecil telah terkena penyakit pneumonia akibat tidur dalam pehawa aircond yang kotor dan berhabuk.

Malah, ia berlaku hampir setiap malam kerana itu habuk yang kotor terbabit disedut dalam paru-paru anaknya itu. Berikut ringkasan ceritanya.

Anak saya, Am (nama samaran) sudah didedahkan dengan aircond rumah sejak kecil. Tapi ketika umurnya 10 bulan, dia sering demam, sesak nafas dan batuk.

Pada mulanya, saya ingat demam dan batuk biasa tapi kami terpaksa berulang kali ke klinik namun tetap tak sembuh. Akhirnya dia dimasukkan ke wad pediatrik KPJ. 

Selepas membuat pemeriksaan, anak saya disyaki terkena penyakit pneumonia dan broncholities. Lebih teruk lagi, doktor mengesahkan dia mengalami lymph nodes membengkak sehingga terpaksa membuat pembedahan pada 3 tempat di lehernya! 

Saya dan suami hanya mampu terdiam. Kemudian, doktor siasat punca lantas soalan demi soalan diajukan berkaitan latar belakang keluarga, persekitaran dan gaya hidup kami sekeluarga.”

BACA>>>> Tentang Pneumonia dan Kanak-Kanak: Kenali Punca, Simptom dan Rawatan

TERDEDAH PADA CUACA TIDAK BERSIH

“Kami menyatakan yang anak setiap hari tidur dalam aircond di rumah. Kata doktor, air cond di rumah memang lebih baik dari kipas kerana ia sudah ditapis melalui penapis tapi yang tak eloknya apabila ia tak diselenggara (servis) lantas terjadi pertumbuhan bakteria.

Maka angin yang keluar itu dipenuhi bakteria dan disedut. Tambahan pula, bayi berusia 2 tahun belum ada daya ketahanan antibodi dan mudah terdedah pada pelbagai penyakit,”

INI JAWAPAN DOKTOR, BAHAYA ATAU TIDAK BERI ANAK KECIL TIDUR GUNA AIRCOND

Menggunakan aircond sebenarnya lebih baik dari kipas, kerana aircond mengeluarkan udara yang sudah di tapis melalui filter.

Cuma masalahnya ialah kita tidak menyelenggara (service) aircond rumah kita, menyebabkan ia jadi tempat bakteria membiak.

Maka angin yang keluar itu dipenuhi dengan bakteria dan kita sedut. Tambah pula bayi bawah usia 2 tahun yang mempunyai daya ketahanan antibodi pad tahap paling minimum.

Mereka lebih mudah terdedah kepada pelbagai penyakit yang dibawa oleh bakteria dalam udara.

JANGAN LUPA SERVIS ARCOND DI RUMAH!

Oleh itu, kepada ibu bapa yang ada aircond kat rumah itu, cepat-cepat panggil orang servis ya!

Aircond wajib diservis sekurang-kurangnya seragun sekali walaupun anginnya masih sejuk. Sebabnya, kita tidak mahu bakteria merebak disitu. Jadi, servis sekarang sebelum terlambat.

BACA>>>> Benarkah Bayi Berusia 2 Tahun ke Bawah Tidak Perlu Tidur Guna Bantal?

SUMBER: SyamilaMirhamzah

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda