ADA situasi bayi atau kanak-kanak boleh menangis sampai muka jadi kebiruan dan kadangkala nampak seakan sawan? Dalam kes itu, ia dipanggi breath holding spell.

Jika anda pernah mengalami situasi seperti itu, jangan mudah panik dan bimbang! Ada kaedah yang perlu ibu bapa belajar seandainya berdepan situasi itu, iaitu CPR. Apakah breath holding spell? Apakah punca dan langkah yang patut dibuat jika menimpa anak sendiri?

APAKAH BREATH HOLDING SPELL?

Breath holding spell ialah keadaan dramatik apabila kanak-kanak kelihatan seperti berhenti bernafas dan wajahnya jadi pucat serta kebiruam. Dalam sesetengah kes, kanak–kanak mungkin akan menahan nafas hingga pengsan.

Situasi ini ialah tindak balas yang tidak disengajakan (involuntary reflex) dan selalunya kanak-kanak akan kembali bernafas seperti biasa dalam masa kurang 1 minit.

Keadaan ini berpunca daripada tindakbalas terhadap insiden yang mencetuskan emosi seperti takut, marah, sakit dan terkejut. Bagaimanapun, breath holding spell tidak mengancam nyawa dan tiada kesan jangka masa panjang kepada kanak-kanak.

SIAPAKAH BERPONTESI DISERANG?

  • Kanak-kanak sihat berusia 6 bulan hingga 6 tahun, tetapi paling kerap berlaku dalam lingkungan 2 tahun.
  • Kanak-kanak yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah mengalami breath holding spell.
  • Kanak-kanak yang mengalami masalah genetik seperti Rett Syndrome.
  • Kanak-kanak yang mengalami anemia disebabkan kekurangan zat besi.

ADAKAH BERBAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?

Keadaan ini tidak berpanjangan dan selalunya berlaku dalam masa 1-2 minit sahaja sebelum kanak-kanak kembali bernafas semula. Hal ini terjadi di luar kawalan mereka. Kebiasaannya, gejala nafas terhenti ini berlaku kepada anak-anak berusia 6-18 bulan, dan akan berhenti sendiri apabila dia mencecah usia 4-7 tahun.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA SERANGAN?

1. JANGAN PANIK

Ketika anak mengalami breath holding spell, penting bagi ibu bapa supaya tidak panik, sebaliknya bertenang dengan memastikan anak dalam keadaan selamat.

2. TIADA MAKANAN DALAM MULUT

Pastikan tiada makanan atau objek dalam mulut anak yang boleh menyebabkan dia tercekik ketika menahan nafas.

3. TUKAR POSISI MENGIRING

Alihkan anak kepada posisi selamat iaitu mengiring.

4. ALIH OBJEK BAHAYA

Alihkan objek sekeliling yang boleh membahayakan anak kita sekiranya dia mengalami sawan.

5. SEDIA BERIKAN BANTUAN KECEMASAN

Sekiranya anak tidak kembali bernafas seperti biasa selepas 1 minit, bantuan kecemasan CPR perlu diberikan. Penting setiap ibu bapa mengetahui cara melakukan CPR yang betul.

BILAKAH PERLU BAWA ANAK KE HOSPITAL?

Sekiranya anak mengalami breath holding spell buat kali pertama, perlu diperiksa doktor bagi memastikan tiada masalah kesihatan lain yang menyebabkan dia berhenti bernafas seperti penyakit sawan, masalah jantung dan kekurangan zat besi (iron deficiency anemia).

Selain itu, anak kita juga perlu diperiksa doktor sekiranya dia kerap mengalami breath holding spell atau dalam jangka masa lama.

RAWATAN

TIADA rawatan diperlukan untuk breath holding spell, tetapi sekiranya ada anemia akibat kekurangan zat besi, ia perlu diberikan rawatan sepatutnya dengan tambahan zat besi.

Selepas diagnosis breath holding spell diberikan doktor, penting untuk ibu-bapa mengambil langkah-langkah berikut:

  • Selepas berlaku breath holding spell, elak memberikan terlalu banyak tumpuan kepada anak kerana ini menggalakkan perlakuan yang menyebabkan breath holding spell (positive reinforcement).
  • Cuba sedaya-upaya mengelakkan situasi atau perlakuan yang boleh menyebabkan breath holding spell.

BAGAIMANAKAH MEMBEZAKAN BREATH HOLDING SPELL DAN SAWAN?

  • Breath holding spell selalunya ada penyebab ataupun ‘trigger’. Sebaliknya,  sawan disebabkan epilepsi dan berlaku spontan.
  • Ujian elektroensefalogram(EEG) biasanya menunjukkan tanda-tanda sawan dalam penyakit epilepsi, manakala,  EEG dalam breath holding spell tidak menunjukkan ciri sawan.

SUMBER: MyHealth.gov.my

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda