ADA sesetengah ibu hamil mengalami rasa loya dan mual teruk hingga menyebabkan hilang selera makan. Walaupun sudah berjumpa doktor, ubat yang diberikan masih tidak dapat mengurangkan rasa loya.

Hanya makanan masam seperti jeruk dan asam boleh mengurangkan rasa loya mereka. Adakah jeruk berbahaya dan menjejaskan bayi dalam kandungan?

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad…

  1. Rasa loya dialami wanita ketika fasa awal kehamilan adalah perkara normal. Salah satu puncanya ialah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progestron yang berlaku pada awal kehamilan.
  2. Perubahan hormon akan menyebabkan deria bau dan deria rasa seseorang wanita hamil jadi lebih sensitif. Jadi ramai mengambil makanan ringan bagi mengurangkan rasa loya tersebut.
  3. Sebaiknya, elakkan mengambil makanan masam secara berlebihan. Walaupun tidak mengganggu pertumbuhan fizikal bayi dalam rahim, tetapi amalan tersebut boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada ibu kerana dibimbangi ibu tidak mengambil makanan seimbang.
  4. Saya juga menasihatkan ibu supaya jangan mengambil jeruk yang diperam dalam asid, terutama ketika perut kosong kerana boleh mengakis dan melukakan perut.
  5. Cuba makan makanan diperbuat daripada buah-buahan semula jadi yang masam atau makan buah masam. Ini lebih baik berbanding jeruk diperam dengan bahan pengawet kerana mengandungi banyak kalori. Jika terpaksa, ambil dalam kuantiti sederhana.
  6. Boleh juga ambil air asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan jeruk. Pengambilan makanan masam haruslah dilakukan dalam jumlah sedikit tetapi kerap jika ia membantu ibu mengurangkan rasa loya.
  7. Selain itu, boleh juga ambil air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan berminyak dan bersantan bagi mengurangkan rasa loya.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda