MANDI air panas memang membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih tenang dan nyaman. Namun, terdapat pantang larang yang mengatakan bahawa mandi air hangat tidak dibenarkan ketika hamil.

Mandi air panas ketika hamil dikatakan boleh menyebabkan pembuluh darah ibu hamil mengembang dan menurunkan pengaliran darah. Selain itu, ia juga dikatakan penyebab rentan dan jangkitan vagina dan kebocoran air ketuban.

Ada banyak masalah yang berkaitan dengan perkara ini jika dilakukan ketika hamil. Namun, jika anda teringin sangat untuk mandi air panas, anda perlu ambil perhatian tentang beberapa perkara penting ini terlebih dahulu.

BACA>>> Bagaimanakah Mandi Ikut Cara Rasulullah SAW?

1. JANGAN MANDI TERLALU LAMA

Mandi lama dengan pancutan air panas selama lebih dari 10 minit bahaya bagi janin kerana dikhuatiri mengurangkan aliran darah ke janin sehingga dapat mengancam nyawa. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan jangkitan vagina pada ibu hamil. Jika teringin sangat berendam air panas, jangan mandi lebih daripada 10 minit.

2. PILIH MASA YANG SESUAI UNTUK MANDI AIR PANAS

Ketika hamil, tubuh ibu sangat sensitif dan mandi pada awal pagi atau lewat malam boleh mengundang bahaya pada bayi. Perubahan drastik suhu badan boleh menyebabkan banyak jangkitan. Jadi, pilihlah masa yang sesuai iaitu pada pagi (tidak terlalu awal) dan petang untuk mandi air panas.

3. JANGAN BERENDAM AIR PANAS DI BATHTUB

Jika mahu mandi air panas, jangan berendam dalam bathtub atau sauna. Mandilah dengan menggunakan air pancutan di bilik mandi dengan suhu yang sederhana dan tidak terlalu lama. Hal ini, ia boleh menyebabkan pendarahan vagina atau kebocoran air ketuban.

BACA>>> Benarkah Bayi Mandi Air Sejuk Tulang Jadi Kuat?

4. JANGAN MANDI SELEPAS MAKAN

Elak mandi selepas makan atau ketika kenyang kerana ia boleh menyebabkan pembuluh darah mengembang dan suhu badan menurun. Selain itu, ia juga menyebabkan darah berpindah ke bahagian bawah tubuh dan aliran darah ke janin menurun. Sistem pencernaan juga akan berkurang dan ini dapat menyebabkan tingkat gula darah mendadak rendah.

5. SUHU AIR PANAS

Jika ingin mandi air panas, pastikan suhu tidak melebihi 36 darjah celsius. Jika menggunakan baldi, masukan air sejuk terlebih dahulu diikuti air panas. Kemudian, rasa suhu menggunakan siku atau lengan (sama seperti menyiapkan air mandi bayi). Manakala, jika menggunakan air pancut, gunakan tetapkan pada meter yang tertera.

6. MINUM AIR SEBELUM DAN SELEPAS MANDI

Bagi mengelakkan risiko dehidrasi ketika mandi air hangat, ibu hamil disarankan untuk minum sebelum dan selepas mandi.

Semoga bermanfaat!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda