TIDAK dinafikan ada segelintir kanak-kanak yang sering menahan buang air besar hingga menyebabkan masalah sembelit pada mereka.

Sudahnya, sembelit yang dialami mendatangkan trauma pada mereka yang boleh menjejaskan sistem pencernaan hingga najis berdarah. Bahaya!

Berikut adalah penerangan Doktor Khairi Malik tentang kenapa kanak-kanak tidak boleh menahan buang air besar untuk makluman semua ibu bapa di luar sana. Semoga bermanfaat.

BACA>>> Kenali Warna dan Bentuk Najis Bayi, Mungkin Petanda Anak Ada Penyakit

KENAPA JANGAN TAHAN BERAK ATAU BUANG AIR BESAR?

Ok tujuan aku tulis ini sebab aku rasa benda ini banyak berlaku. Selalu mak bapa budak datang hospital cakap anak dia sakit perut. Sembelit. Bila buat xray perut,masyaAllah nampak najis berkumpul dalam usus.

First of all, cakap pada anak kalau nak berak buang saja jangan ditahan-tahan. Ok, antara kenapa budak-budak selalu tahan berak.

1. Selalu dimomokkan dengan cerita hantu dalam tandas. Membuatkan budak takut nak pergi berak malam-malam. Jadi, mereka sanggup tahan sampai ke pagi.

2. Kalau di sekolah, kadang-kadang budak ini tidak berani dengan cikgu lebih-lebih lagi bila dapat cikgu garang. Nak minta izin nak berak dari cikgu nanti cikgu marah pula. “Kau tak leh tahan berak tu sekejap ke?” Huhu… Aku pernah kena zaman sekolah!

3. Pentingkan main. Budak -budak suka bermain kadang-kadang sanggup tahan berak asalkan main lebih penting. Haha… Aku tahu aku penah jadi budak.

BAGAIMANA NAJIS TERBENTUK 

Ok, sekarang kita kena tahu fungsi asas perut. Macam mana najis ini boleh terbentuk? Secara ringkas aku terang tanpa menggunakan perkataan medikal. Ini aku terang seringkas mungkin.

1. Bila kita makan, makanan masuk dalam perut. Banyak enzyme dan protein yang menghancurkan dan menghadamkan makanan sepanjang perjalanan dalam sistem pencernaan ini. Tidak boleh nak explain detail.

2. Apabila makanan itu sudah masuk usus kecil, di usus kecil ini, semua nutrient dan zat-zat penting dari makanan tu akan diserap ke dalam badan untuk kegunaan badan kita. Bila dia sudah serap semua zat penting, makanan yang sudah tidak ada zat itu menjadi najis di pass kepada usus besar. Ya, habis madu sepah dibuang.

3. Di usus besar, air dari najis atau makanan yang sudah tidak ada zat itu akan diserap untuk kegunaan badan kita. Ok, aku ulang, fungsi usus besar ialah menyerap air dari tahi. Bila air sudah diserap, jadi, usus besar akan pass tahi ini kepada rectum dan akhirnya keluar melalui anus atau lubang dubur bila kita buang air besar.

INI PENYEBAB NAJIS JADI KERING!

4. Bila kita tahan berak, apa akan jadi? Tahi akan duduk lama sangat dalam usus besar tu. Usus besar akan serap air sampai najis jadi sekering-keringnya sampai nak berak pun susah sebab najis sudah jadi keras. Dia tidak tinggal sedikit pun air untuk jadi “pelincir” waktu proses membuang air besar.

5. Jadi bila najis keras, tidak ada pelincir atau air langsung, maka susahlah hendak berak. Bila berak, tahi akan jadi keras lepas itu sakit lubang dubur kadang-kadang luka sebab najis keras sangat.

6. Najis ni sesuatu yang tidak bagus untuk badan, dia MESTI dikeluarkan dari badan. Perut kita akan memulas-mulas secara automatik untuk membuang dan menolak tahi itu keluar. Tapi bila najis sudah keras, ia tidak boleh bergerak, perut akan tetap memulas-mulas untuk mengeluarkan najis itu. Akhirnya, memulas bukan main lagi sakit perut, tapi najis tidak keluar juga.

7. Sebab itu lah, sakit perut sebab perut cuba untuk membuang benda yang sudah keras. Benda yang keras itu pula degil tidak boleh keluar.

BACA>>> Bolehkah Bayi Masih Menyusu Ibu Alami Sembelit?

Aku harap ia sudah jelas secara ringkas kenapa tidak bagus untuk tahan berak. Sila cakap pada budak-budak jangan tahan berak. Banyakkan minum air dan buah-buahan supaya najis nanti tidak jadi keras sangat dan sembelit.

P/S: Bukan budak-budak saja, kalau orang besar tahan berak lagi tidak baik. Tahi jadi keras, perut jadi buncit penuh dengan tahi.

#doneeducatepublic

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda