SEPANJANG tempoh kehamilan, wanita sering mengalami pelbagai masalah dan gangguan kesihatan seperti gigi berlubang. Kepada ibu hamil yang bermasalah, anda dinasihatikan mendapatkan rawatan segera kerana bimbang mendatangkan mudarat kepada kesihatan ibu dan janin.

Gigi yang ditidak dirawat segera boleh menyebabkan masalah seperti:

  • Gigi ngilu
  • Jangkitan pada gigi dan gusi
  • Radang yang merebak ke bahagian badan lain
  • Kerosakan saraf gigi

BAGAIMANA GIGI BERLUBANG MEMBAHAYAKAN IBU HAMIL DAN JANIN?

Keradangan ialah salah satu kesan yang mendatangkan kesan buruk ke atas ibu hamil.

Keradangan yang terhasil daripada gigi berlubang ialah disebabkan kuman dan bakteria yang bersarang dalam gigi. Kuman dan bakteria itu boleh merebak ke bahagian tubuh lain.

Bagi ibu hamil, bakteria penyebab radang itu dapat menyerang janin dan seterusnya mengganggu perkembangan janin.

BAHAYA GIGI BERLUBANG KEPADA IBU HAMIL

1. KEGUGURAN

Keadaan paling bahaya ialah apabila bakteria dan kuman sampai kepada janin dan menyerang janin dalam perut. Keadaan itu boleh menyebabkan kematian atau keguguran.

2. PERKEMBANGAN BAYI TERGANGGU

Apabila bakteria dan kuman menyerang janin ketika janin sedang mengalami perkembangan pada bahagian organ penglihatan. Maka, ada kemungkinan organ penglihatan janin akan terjejas ketika dilahirkan nanti.

3. KELAHIRAN TIDAK NORMAL

Bakteria dan kuman juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau berat badan tidak normal. Selain itu, bayi yang dilahirkan juga mungkin akan mengalami gangguan kesihatan.

SUMBER: Hamil.co

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda