PENJUALAN ubat kawalan secara tanpa terbuka di laman sosial kebelakangan ini menjadi punca ramai wanita membeli tanpa mendapatkan nasihat pakar, antaranya pengambilan produk Acnotin.

Pengambilan ubat kawalan dan larangan ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran kepada bayi oleh wanita yang mengambilnya sebelum hamil. Berikut adalah penjelasannya:

BACA>>> 10 Makanan Ibu Hamil untuk Dapatkan Bayi Putih Gebu

INI ADALAH PUNCA PRODUK ACNOTIN TIDAK BOLEH DIJUAL SECARA ONLINE!

Seorang bayi yang baru dilahirkan dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kecacatan telinga.

Cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya boleh di lihat dengan jelas. Manakala, telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan TIDAK mempunyai lubang telinga.

Siasatan lanjut mendapati ibu bayi malang tersebut telah menggunakan produk Isotretinioin selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil. Keadaan ini dinamakan sebagai Isotretinin Embryopathy.

Selain kecacatan telinga, kecacatan lain yang boleh berlaku adalah:

  • Tulang dan struktur wajah
  • Sumbing
  • Masalah sistem saraf

Oleh kerana risiko TERATOGENIK iaitu kecacatan pada bayi, ubat yang mengandungi bahan aktif Isotrenionin perlu di kawal dengan ketat dan WAJIB mendapat pemerhatian doktor sebelum dan semasa di gunakan.

TERKINI, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang penjualan ubat terkawal produk Acnotin yang dijual secara dalam talian sama ada melalui media sosial.

Tanpa mendapat rujukan doktor dan tahu mengenai risiko TERATOGENIk kepada bayi, penjual BERANI menjual produk ubat terkawal ini secara online dengan berleluasa. Bagi meyakinkan pelanggan, testimoni di gunakan untuk membuktikan keberkesanan produk.

GAMBAR HIASAN

APA ITU PRODUK ACNOTIN?

  • Bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin
  • Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
  • Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar.
  • Isotretinoin mempunyai kesan sampingan TERATOGENIK dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
  • Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.

APAKAH TINDAKAN KKM?

KKM telah menubuhkan satu ‘task force’ yang berfungsi untuk melakukan ‘Internet-activity analysis’ termasuk memantau dan menyiasat mana-mana aktiviti penjualan produk farmaseutikal secara dalam talian termasuklah produk Acnotin.

Sehingga kini, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia seperti sekatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

BACA>>> Ibu Hamil Tak Perlu Suplemen Hanya Amalkan 6 Makanan Tambahan Sihat Ini

GAMBAR HIASAN

KESEDARAN PENGGUNA

Kegilaan wanita terhadap kecantikan sememangnya luar biasa.

Sebelum ini, banyak perkongsian mengenai produk yang mengandungi merkuri yang sememangnya di ketahui menjejaskan buah pinggang dan memberi kesan kepada perkembangan otak anak-anak.

Informasi kami kongsikan, terserah kepada kebijaksanaan anda untuk mebuat pilihan menjauhi apa jua produk untuk kecantikan bertoksik.

SUMBER: Public Health Malaysia

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda