BAGAIMANA mencuci botol susu anak? Penjagaan botol susu anak ialah perkara yang tidak boleh diambil mudah kerana kalau tidak dijaga betul, boleh mengundang masalah penyakit disebabkan jangkitan kuman dan bakteria.

Inilah antara punca kena si kecil terkena cirit-birit, sakit perut dan demam mengejut. Jangan pula sampai kita tidak perasan, puting dan botol susu boleh menjadi sarang untuk kuman membiak.

Jadi, sila amalkan teknik penjagaan botol susu yang betul.

CARA CUCI BOTOL SUSU

1. Cuci botol dengan sabun setiap kali anak habis minum susu.

2. ‎Rendamkan botol di dalam air yang mendidih selama 5-10 minit. Boleh dilakukan setiap kali habis penyusuan atau dikumpul dahulu.

3. ‎Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas. Jangan guna tangan kerana tangan kita penuh dengan kuman jahat.

4. ‎Letakkan dalam keadaan terlangkup.

5. ‎Boleh digunakan setelah kering.

CARA GUNA BOTOL SUSU

1. Anak guna botol susu 6-8 kali sehari. Jadi guna botol susu yang berbeza bagi setiap penyusuan dan proses rendaman air didih cukup sekali sehari dengan jumlah botol ini.

2. ‎Wajib tukar botol susu setiap 6 bulan atau kalau sudah nampak botol berubah bentuk dan warna.

3. ‎Wajib gantikan puting botol susu setiap bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.

PERKARA YANG DILARANG!

1. Jangan guna air mendidih ketika bancuh susu anak.

2. Jangan bancuh susu terlalu cair. Guna sukatan yang telah disyorkan pengeluar supaya anak dapat zat-zat yang diperlukan.

3. ‎Jangan goncang botol susu dengan kuat semasa membancuh susu.

4. ‎Setelah anak capai umur 6 bulan, beri anak makan makanan bayi dahulu, kemudian beri susu sebagai makanan tambahan.

Mudah sahaja bukan untuk jaga botol susu anak dengan cara yang betul? Semoga bermanfaat buat semua!

KREDIT: Tajul Ariffin Norsadan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda