MASA di sekolah, mencabar sentiasa.. Ibu jangan bimbang, bekalkan tenaga! Bekalkan tenaga! Cabaran tak akan menjadi halangan. Milo untuk melangkah jauh??

Lagu iklan Milo di Malaysia jelas menggambarkan ia sebagai minuman tenaga untuk anak ke sekolah dan bagus jika diminum setiap hari. Sudah banyak keluarga menjadikan Milo sebagai minuman rutin setiap pagi. Tetapi perlukah kita beri anak minum Milo setiap hari?

Gara-gara video viral Vishen Lakhiani yang mengecam Milo sebagai ‘minuman sampah’, Nestle terpaksa menurunkan pengiktirafan Health Star Rating (HSR) daripada 4.5 ke 1.5 di Australia.

MERUNGKAI MILO SIHAT ATAU SAMPAH? 

  • Menurut akhbar Nestle Oceania, cara betul membancuh Milo ialah 3 sudu teh serbuk Milo dicampur dengan 1 cawan susu skim (susu tanpa lemak).
  • Sekiranya Milo dibancuh dengan bahan lain, ia BUKAN MINUMAN SIHAT lagi.
  • Di Malaysia, 46 peratus gula daripada serbuk Milo ditambah pula dengan susu pekat manis, susu penuh krim atau gula.

Soalannya, bagaimanakah cara anda membancuh Milo?

 MILO ADA MALTODEXTRIN

  • Maltodextrin ialah bahan pengawet yang digunakan sebagai pemekat dan pemanis dalam banyak makanan proses.
  • Ia diperbuat daripada sirap jagung fruktoso tinggi (HFCS).
  • HFCS bukan hanya untuk produk makanan, tetapi juga digunakan sebagai sebatian dalam minyak enjin, minyak gris, cat, bahan pelekat, plastik, minyak wangi, bateri, peluru, bahan letup dan macam-macam lagi.
  • HFCS diguna untuk menggantikan gula sebab lebih murah.
  • Ia tiada serat dan nutrien semula jadi dan mampu meresap terus ke dalam darah.

KESAN NEGATIF

1. OBESITI

Anak berisiko mengalami kegemukan kalau Milo dibancuh dengan cara salah, contohnya guna susu pekat manis. Bayangkan anak minum milo sehari 2-3 kali, akibatnya anak dapat lemak tambahan setiap hari.

2. CEPAT LAPAR

HFCS menghalang pengeluaran leptin protein yang membawa isyarat kenyang kepada otak. Pada masa sama mengeluarkan ghrelin yang memberitahu anda sedang lapar.

3. DIABETIS

HFCS merosakkan tisu badan yang menyumbang kepada diabetis.

4. TANTRUM DAN KETAGIHAN GULA

Kandungan gula tinggi boleh membuatkan anak ketagihan, kurang selera makan dan hanya mahu makan manis-manis. Emosi anak boleh terganggu, buah pinggang rosak dan mudah buat perangai (tantrum) dan hiper aktif kerana ketahikan minuman dan makanan manis. Kalau tidak diberikan, dia mengamuk!

Bagaimanapun, ekstrak malt berbeza dengan maltodextrin. Apapun, keputusn tetap di tangan anda. Anda mesti bijak memilih makanan untuk memastikan kesihatan anak sentiasa dijaga baik.

SUMBER: Abc.Net | SukaViral

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda