SIAPA tidak seronok kalau anak jadi bijak! OK, sebenarnya anak boleh dibesarkan supaya jadi bijak. Bukan hanya selepas dilahirkan, tetapi sejak dalam rahim, dan antara caranya ialah mengamalkan tip seperti dalam pautan ini: Tip Lahirkan Anak Bijak Bermula Seawal Tempoh Kehamilan.

Bagi anak berusia 1-3 tahun, perkembangan fizikal dan motor hendaklah diberi perhatian. Keupayaan motor kasar seperti kemahiran otot kasar. Antaranya menggenggam, merangkak dan berdiri pada tahun pertama kelahiran.

Seterusnya, berjalan, berlari, melompat dan memanjat pada tahun kedua kelahiran. Pada masa ini, kita mesti menyediakan tempat yang luas untuk anak bergerak dan meneroka dengan kawalan minimum.

Berikut beberapa tip membesarkan anak supaya jadi bijak:

1. CABARAN BANTAL BESAR

Sediakan halangan untuk memberi cabaran kepada anak. Gunakan bantal besar dan susun menjadi halangan tidak berbahaya. Aktiviti ini menggalakkan perkembangan motor kasar anak.

2. MAINAN RANGSANG DERIA

Pada masa ini, kita dan juga pengasuh perlu sediakan pelbagai mainan deria di persekitaran anak. Misalnya mainan yang mengeluarkan bunyi. Ketika ini si manja suka memerhati dan mengutip objek kecil.

3. PERMAINAN LEMBUT

Sediakan mainan daripada bahan lembut seperti permaidani, bantal dan mainan bentuk haiwan. Permainan ini dapat meningkatkan perkembangan keupayaan motor halus untuk mendengar, melihat, menyentuh, merasa dan menghidu.

4. RANGSANGAN KOGNITIF

Bagi rangsangan kognitif, kita perlu sediakan persekitaran dengan pelbagai objek termasuk mainan yang membolehkan anak menggoncang, menarik atau meramas mainan.

5. MAIN SOROK-SOROK

Bermain dengan menyorokkan barang permainan seperti meletakkan mainan ke dalam kotak boleh membantu anak berfikir tentang sesuatu yang tidak dilihat. Ini dapat melatih anak berfikir.

6. BERCAKAP

Bercakaplah pada masa umur bayi sudah setahun supaya dia dapat memahami sedikit sebanyak perkataan. Kemudian bercakap pula dengan dua perkataan antara usia 18 bulan dan 2 tahun. Pada peringkat ini, kita perlu menyediakan permainan yang beri peluang anak belajar bahasa.

7. KEMAHIRAN LITERASI

Kemahiran literasi sudah mula berkembang. Apabila anak berusia 2 tahun, anak sudah menunjukkan kefahaman mengenai fungsi buku. Pupuk cara menggunakan buku dan ajar anak cara membuka buku dari satu halaman ke halaman lain. Tunjuk dan sebut nama setiap watak dalam buku cerita itu.

8. BERI PELUANG

Anak semakin membesar, bina ruang mainan dan beri peluangke pada anak untuk membuat pilihan dan meneroka. Pada usia 18 bulan, anak kecil sudah menunjukkan kesediaan untuk dipisahkan daripada kita.

SUMBER: Raise Smart Kids

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda