SELEPAS melahirkan zuriat, seluruh tubuh akan rasa lemah longlai. Kita sudah banyak kehilangan tenaga sepanjang b proses bersalin. Kita akan mula rasa rimas dan kurang selesa dengan tubuh sendiri. Rasa semacam mahu cepat-cepat mandi untuk membersihkan diri.

Bagaimanapun, jangan ambil mudah soal mandi ketika berpantang. Jika kita ikutkan cara mandian betul, ia dapat membantu memulihkan kesihatan dalaman tubuh. Apa panduannya? Ikutlah cara tradisional di bawah:

1. MANDI WAKTU DHUHA

Tunggu hingga matahari sudah tinggi sedikit, barulah mandi. Cuaca pada waktu ini sudah suam-suam, jadi sesuai untuk kita mandi.

Tetapi jika musim hujan, elakkan mandi. Alahh…takkan mandi air suam pun tak boleh? Ingat, memng kita boleh mandi air suam, tetapi, disebabkan suhu sekitar sejuk, tiba-tiba kita jadi menggigil selepas mandi. Bahaya, takut bentan menggigil pula!

2. MANDI AIR SUAM UNTUK BADAN

Boleh mandi air rebusan daun herba untuk bahagian badan. Kalau susah hendak cari daun-daun, mandi air kosong suam. Mesti suam-suam panas OK. Jangan suam-suam sejuk. Banyak bezanya tu!

3. AIR BIASA UNTUK KEPALA

Untuk kepala, wajib mandi air paip biasa. Jangan basuh rambut dan muka dengan air panas. Pantang 7 keturunan! Kalau dilanggar, kita mudah terkena penyakit pening kepala.  Asyik-asyik pening.Rambut pula mudah gugur.

Kulit muka pula cepat berkedut. Amalan ni bukan untuk ibu dalam pantang sahaja, tetapi untuk semua sebenarnya. Lelaki, perempuan, tua dan muda. Semua boleh ikut petua ini.

4. JANGAN LAMA-LAMA

Kononnya mahu bersihkan semua, tup-tup terlajak sampai 30 minit. Ingat, paling lama, 10 minit sahaja mandi.

5. SATU BALDI BESAR

Mandi orang berpantang, hanya satu baldi besar sahaja. Bukan satu kolah. Satu gayung, ratakan seluruh tubuh. Kemudian sabun puas-puas. Akhirnya, gunakan air lebihan dalam baldi buat bilas sabun. Cukup!

6. SEHARI SEKALI

Mandi sekali sehari sahaja. Kulit wanita yang mandi terlalu kerap dan lama ketika dalam pantang akan nampak tidak anjal. Walaupun kurus, tapi kulit tidak anjal dan muka nampak sembap.

7. MINGGU PERTAMA, ELAKKAN MANDI! 

Minggu pertama, sebaiknya lap dengan kain basah sahaja. Ala-ala dry cleaning. Ini kalau tidak ikut pun bukan jadi kesalahan. Tetapi jika mahu rasa perbezaan, cuba jangan mandi dalam minggu pertama berpantang. Badan akan rasa segar, sihat dan bertenaga. Tidak mudah terkena angin sejuk.


Jadi, itu saja cara mandi yang betul ikut cara Melayu tradisional. Jika mahu ikut, bagus untuk diri sendiri. Jika tidak, terserah kepada diri masing-masing.

Ini hanya petua mengikut bidan dahulu. Lagi satu, ketika berpantang, jangan lupa pakai pilis di dahi! Jika bukan kita yang mengamalkan seni warisan perbidanan Melayu, siapa lagi bukan? Dapatkan tip wajah berseri ketika berpantang di pautan ini: Inilah 10 Rahsia Wajah Berseri Walaupun Sedang Berpantang.

KREDIT: Siti Aishah  

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda