DALAM kehidupan seharian, kita perlu mengambil iktibar dan mencontohi setiap perilaku baik. Idola paling agung dan tepat untuk diikuti buat kita sekeluarga, tentunya baginda Rasullah SAW.

Antara yang menjadi sunnah baginda ialah cara membersihkan diri. Ada kalangan kita yang mengambil remeh hal ini, walhal berkaitan sistem tubuh badan. Perhatikan bagaimana Rasulullah bersihkan diri:

  1. Bermula dari segayung air siramkan di telapak kaki.
  2. Segayung di betis.
  3. Segayung di paha.
  4. Segayung di perut.
  5. Segayung di bahu.
  6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Kita akan merasakan seperti wap atau angin keluar daripada ubun-ubun, malah meremang. Selepas itu, teruskan mandi seperti biasa.


HIKMAH BERSIHKAN DIRI IKUT RASULULLAH SAW

Hikmahnya, seperti gelas yang diisi air panas, kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak! Begitu juga tubuh kita. Sistem tubuh perlu dijaga dan untuk menjaga, kita perlu ada ilmu.

Suhu tubuh kita panas dan apabila badan terus disiram air sejuk, maka angin yang sepatutnya keluar akan terperangkap dalam badan. Lebih teruk lagi, boleh bawa maut kerana pembuluhan darah pecah.

Jadi, bagi mengelak perkara buruk terjadi dan terkena penyakit yang boleh menyerang sistem tubuh, jadikan cara bersihkan diri ikut Rasulullah SAW sebagai amalan.


JENIS-JENIS MANDI

Selepas mengetahui cara Rasulullah SAW membersihkan diri, berikut jenis-jenis mandi yang menjadi sunnah baginda.

  1. Mandi raya Aidilfitri dan Aidiladha. Rasulullah SAW berniat mandi raya sebelum berangkat ke tanah lapang untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Aidiladha.
  2. Mandi ketika ihram untuk haji atau umrah.
  3. Mandi ketika masuk Mekah.
  4. Mndi ketika sedar daripada pengsan.
  5. Mandi ketika ingin mengulangi jimak bersama isteri.
  6. Mandi setiap kali solat untuk wanita yang sedang mengeluarkan darah akibat sakit.
  7. Mandi selepas memandikan mayat.
  8. Mandi sebelum solat Jumaat. Beberapa hal penting berhubung mandi Jumaat:
  • Mandi ini bermaksud membersihkan diri sebelum solat Jumaat, bukan menghormati hari Jumaat.
  • Mandi ini sunnah hanya untuk orang yang akan menunaikan solat Jumat.
  • Banyak ulama mewajibkan mandi. Jadi, sebaiknya kita biasakan diri melakukannya.
  • Mandi Jumaat boleh dilakukan dengan digabungkan mandi junub, asalkan dibuat selepas matahari terbit.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda