SUDAH bersedia sambut anak sulung? Kepada bakal ayah, antara persediaan perlu dibuat adalah mengtahui cara mencuci dan menanam uri anak selepas isteri bersalin nanti.

Jangan pula terkejut apabila dihulurkan doktor atau jururawat sebungkus plastik berisi uri anak berupa gumpalan daging dan tali pusat sebaik saja isteri selesai bersalin. Walaupun agak mengerikan bagi mereka yang tidak biasa, tetapi sebagai seorang ayah, suka atau tidak mesti tahu cara menguruskan uri anak itu.

Dalam Islam, tiada penjelasan khusus tentang bagaimana mencuci uri, tetapi mesti diuruskan dengan baik untuk mengelak dimakan haiwan liar. Ini termasuk mengambil kira faktor kesihatan. Kalau dicampakkan terus ke dalam tong sampah, uri akan berulat dan mengeluarkan bau busuk.

Jadi ada panduan perlu diikut untuk mencuci dan menanam uri bayi:

BAHAN DIPERLUKAN

1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )

CARA CUCI

1. Mulakan dengan baca Bismillah.


2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan darah tanpa guna sabun.


3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa yang baik.


4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh hingga bersih.


5. Basuh uri dengan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir. Bilas hingga bersih.


6. Perahkan limau dan lumurkan yang bertujuan menghilangkan bau tidak menyenangkan.


7. Bungkus dengan kain putih dan ikatkan kemas.


CARA TANAM URI

1. Cari kawasan tanah yang selamat untuk menanam uri seperti halaman atau depan rumah.

2. Gali lubang kira-kira 1.5 kaki, untuk mengelak dihidu dan digali haiwan liar.

3. Sebelum tanam, hadap arah kiblat.

4. Masukkan uri sambi mengucap Bismillah, berselawat dan berdoa.


5. JANGAN letak sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri
boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

6. Kambus dengan sempurna dan tanda dengan batu.

SUMBER: Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda