Anak sayatu, suka sangat gigit kuku. Dah macam-macam cara saya buat. Siap takutkan dia dengan kuman, tetapi tetap tak jalan. TEtap juga nak menggigit kuku. Apa patut saya buat?”

Tabiat anak yang suka mengigit kuku ini agak sukar diatasi. Kadangkala mengambil masa lama untuk memujuk dia berhenti dengan tabiat tersebut. Apapun, jangan pula kita putus asa dan terus biarkan sahaja anak melakukan aksi kegemarannya itu kerana boleh mendatangkan keburukan akibat jangkitan kuman dan bakteria berbahaya.

TIP ATASI TABIAT GIGIT KUKU

1. ALOVERA

Letakkan jel alovera semula jadi pada jari kuku anak kita bagi mengelakkan anak  supaya anak tidak mengigitnya kerana rasa yang tidak sedap. Bagaimanapun, mungkin rasa itu tidak tahan lama. Jadi, kita kena kerap meletakkan pada jari sekiranya rasanya telah mula hilang.

2. GELANG GETAH

Kaedah ini boleh dilakukan pada kanak-kanak yang lebih besar dengan memakai gelang getah longgar di sekitar pergelangan tangan. Ingat jangan terlalu ketat, kerana ia boleh mengurangkan peredaran darah.

Ajar anak kita untuk menarik gelang getah itu setiap kali ingin menggigit kuku. Idea ini akan mengajar anak bahawa mengigit kuku dengan rasa kesakitan yang akan menghalang tabiat itu.

3. SARUNG TANGAN

Cara ini bergantung pada tahap kebiasaan anak kita mengigit kuku tetapi ia boleh digunakan sebagai penyelesaian yang cepat dan mudah. Pakaikan anak kita sarung tangan ketika menonton TV, bermain atau di atas katil. Boleh dapatkan sarung tangan yang nipis supaya dia tidak merasa panas.

4. PLASTER LUKA

Letakkan plaster luka di hujung jari anak kita antara satu lagi cara untuk mengelakkan tabiat mengigit kuku. Lakukan dahulu pada satu jari kuku, biar kuku yang ditutup itu tumbuh semula dan bagi lihat pada anak bahawa kuku bukan untuk digigit.

Hanya selepas itu kita beralih pada kuku seterusnya, sehingga semua kuku tumbuh semula. Perlu diingat juga ya ibu semua, pembalut luka pada jari anak perlu ditukar setiap hari.


Kita perlu mengelakkan tabiat anak mengigit kuku kerana terdapat beberapa kuman yang sering menjangkiti anak menerusi kuku.

KENAPA PERLU ELAK TABIAT GIGIT KUKU

1. JANGKITAN STAPH 

Staphylococcus aureus adalah sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan staph yang selalu ada pada kuku jari. Antara masalah yang akan muncul adalah bisul pada kulit, masalah pernafasan serta gejala seperti keracunan makanan. Bakteria ini sangat sukar untuk dirawat walaupun dengan ubat antibiotik.

2. E.COLI 

Escherichia coli (E.coli) adalah sejenis bakteria yang mungkin terperangkap di bawah kuku anak kita, jika mereka tidak rajin mencuci tangan. Bakteria ini sering dikaitkan dengan kebersihan diri kerana ia biasa didapati dalam najis, walaupun selepas mencuci tangan. Jangkitan E.coli boleh meragut nyawa, jadi jangan pandang ringan penyakit ini.

3. HERPETIC WHITLOW

Whitlow disebabkan oleh virus herpes simpleks (HSV) yang menyebabkan terjadinya bintik-bintik kecil berair pada kulit. Antara masalah yang akan dialami adalah bengkak dan kemerahan pada jari, alahan pada jari dan dasar kuku, demam dan Nodus limfa bengkak.

Penyakit ini tidak berbahaya dan membawa maut tetapi ia mudah berjangkit terutamanya apabila sudah merebak ke tangan.

4. CANDIDA PARAPSILOSIS

Bakteria yis yang biasa terdapat di bawah kuku, yang merebak dari tangan ke mulut dan menyebabkan jangkitan pada semua organ penghadaman badan. Bakteria ini menyerang jantung, otak, mata, tulang, mata dan bahagian lain pada badan. Jangkitan ini boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Manakala, bagi kes tertentu doktor mungkin akan menyarankan kuku yang dijangkit itu disingkirkan.

SUMBER: WeHaveKids.Com | Famifi.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda