SUBJEK Sains dan Matematik susah? Kebanyakkan anak memang gerun dengan dua subjek tersebut. Jika ditanya kepada pelajar sekolah tentang mata pelajaran paling mereka tidak suka, rata-rata pasti menjawab Sains atau Matematik.

Dua subjek tersebut ialah subjek penting yang perlu dikuasai anak kita untuk masa depan mereka. Salah satu rahsia bagaimana ramai pelajar cemerlang boleh menguasai dua subjek itu ialah kerana minat. Jadi, bagaimanakah hendak memupuk minat anak terhadap dua subjek berkenaan?

PUPUK SEJAK KECIL

Penting setiap pelajar untuk meminati subjek Sains dan Matematik kerana dunia kini amat bergantung kepada teknologi. Kemahiranimaginasi, rekaan, penyelesaian masalah, pemikiran logik dan banyak lagi, semua itu memerlukan pengetahuan yang cukup kuat.

Peringkat usia 7 tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah penting untuk terapkan minat anak terhadap sesuatu perkara. Ini kerana otak anak mnyerap semua pembelajaran diajar.

JANGAN BUAT!!!

Salah satu salah kita yang membuatkan anak tidak suka dua subjek itu, kita sendiri ‘alah’ kepada Matematik dan Sains. Ada kalangan kita yang terang-terangan beritahu anak, “Alaa, ibu dan ayah memang tak suka dan tak pandai subjek Matematik.”

Kita yang didik anak untuk tidak minat dan pandai pun subjek itu. Kita anggap normal kalau anak tidak skor dua subjek tersebut sebab kita dulu pun sama. Kalau begini cara, bagaimana kita mahu mengharapkan anak minat dua subjek berkenaan?

CARA PUPUK MINAT ANAK

  • Anak akan suka dengan Sains dan Matematik dengan syarat, beri dia peluang melakukan aktiviti yang berkaitan dengan dua konsep itu dengan cara menyeronokkan.
  • Anak mesti faham tujuan mereka lakukan aktiviti tersebut. Sebelum atau selepas melakukan aktiviti, terangkan kepada anak tentang tujuan aktiviti itu.
  • Tunjukkan contoh. Jika lihat kecenderungan anak terhadap sains, tunjukkan contoh perlakuan ahli sains. Misalnya, bawa anak ke pusat sains dan tunjukkan hasil pakar sains yang ada di situ.

  • Anak memerlukan kata-kata semangat dan galakan daripada kita. Jika kita salah beri jawapan atau tidak tahu untuk melakukan aktiviti diperlukan, jangan terus memberikan kata-kata negatif. Ini boleh melemahkan semangat anak.
  • Mainan yang tepat mengikut usia anak dapat membantu si kecil menanam minat kepada Matematik dan Sains. Antara mainan yang sesuai diberikan kepada anak ialah blok, binaan bangunan dan trek kereta.

Selamat mencuba!

SUMBER: Independent | Forbes

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda