Susu UHT boleh dijadikan pengganti susu ibu bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. Jika anda merancang untuk memberikan susu UHT kepada anak, berikut adalah tip untuk memilih susu UHT bagi anak.

Bagi yang tidak tahu apa itu susu UHT? Susu UHT (suhu ultra tinggi) adalah susu yang mengalami proses pemanasan pada suhu 135-150 darjah Celsius selama 1-2 saat sebelum dipek.

Pemanasan yang singkat ini bertujuan untuk membunuh bakteria atau kuman patogen (penyebab penyakit) tetapi tidak merosakan mahupun mengurangkan kandungan gizinya. Proses itu membuat aroma dan rasa susu tidak berubah serta membuat susu UHT dapat disimpan selama 6 bulan.

BACA>>> Tidak Tahu Susu Fresh Milk Yang Sesuai Untuk Anak? Baca Penerangan Doktor Ini…

TIP MEMILIH SUSU UHT

Sebelum memberikan susu UHT kepada anak, salah satu yang harus diperhatikan adalah umur anak. Pastikan si kecil berusia 2 tahun. Namun, jika anda merancang memberikan anak susu UHT lebih awal tunggulah hingga anak berusia 1 tahun.

Pada usia 1 tahun, organ pencernaan anak sudah matang untuk menghadam susu lembu segar atau susu UHT.

Selain faktor usia anak, beberapa perkara lain yang perlu anda perhatikan dalam memilih susu UHT untuk anak adalah:

1. PILIH SUSU FULL CREAM

Berbeza dari orang dewasa yang cenderung untuk mengelakkan lemak berlebih, anak-anak memerlukan lemak untuk pertumbuhannya. Kandungan lemak pada susu UHT diperlukan dalam proses perkembangan otak anak.

2. PILIH KEMASAN KOTAK YANG BAIK

Ketika memilih susu UHT, pilihlah yang baik kemasan pada kotak kerana dikhuatiri susu sudah tercemar.

3. PERTIMBANGKAN SAIZ DAN JUMLAH SUSU

Jika anak masih kecil, pilihlah susu UHT dalam saiz yang kecil agar susu yang telah dibuka boleh dihabiskan terus. Ingat, susu UHT yang telah dibuka tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama.

4. KANDUNGAN GULA

Pilihlah susu UHT yang tidak mengandung pemanis tambahan. Jika si kecil lebih menyukai yang manis, pilihlah yang kadar gulanya rendah kerana gula boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit pada kanak-kanak.

5. PERIKSA KANDUNGAN MIKRONUTRIEN

Periksa kadar mikronutrien yang terdapat dalam susu UHT yang ingin dibeli. Biasanya, setiap kotak susu UHT mengandung 300 mg kalsium atau setara dengan 60 peratus keperluan anak setiap hari. Pastikan susu UHT yang dipilih mengandung kalsium dengan yang mencukupi.

Susu UHT Fernleaf adalah antara susu yang kaya dengan kandungan kalsium yang berkualiti bagi menampung keperluan kanak-kanak dan keluarga anda.

Kenapa susu Fernleaf terbaik untuk keluarga anda?

1. LADANG SEMULAJADI

Di New Zealand, lembu dibiarkan bebas di kawasan ladang semulajadi yang luas dan bebas untuk memakan rumput. Sebab itu, susu Fernleaf menghasilkan susu lebih baik daripada lembu yang dikurung dalam kandang.

Hasilnya, susu lembu Fernleaf mempunyai sumber makanan semulajadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh. Selain itu, susu Fernleaf juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang tinggi, Vitamin A dan D.

2. RUMPUT BERKUALITI  

Dengan tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan New Zealand adalah salah satu lokasi pilihan bagi menghasilkan susu lembu terbaik di dunia.

Rumput yang berkualiti dan terbaik dapat menghasilkan susu berkhasiat untuk keperluan tubuh badan manusia.

3. PENGHASILAN SUSU SEMULAJADI

Rumput yang berkualiti dan iklim yang selesa dan udara serta air yang bersih. Lembu di ladang Fernleaf menghasilkan susu secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang bentuk penggalak susu.

4. KEPAKARAN LEBIH 140 TAHUN DALAM INDUSTRI TENUSU

Pengalaman lebih 140 tahun ini membolehkan Fernleaf memastikan kualiti yang dihasilkan adalah yang terbaik pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada peringkat awal hingga kepada pengedaran produk kepada pengguna.

Dapatkan susu UHT Fernleaf untuk diri sendiri dan keluarga, jadikan kebaikan tenusu dari New Zealand pilihan susu keluarga anda.

Susu baharu telah dilancarkan awal Januari lalu boleh didapati dalam tiga pilihan yang lazat – penuh krim, rendah lemak dan coklat dalam pek mudah (200ml) dan 1 liter.

BACA>>> Doktor: Anak Berhenti Menyusu Ibu Tidak Perlu Pun Ganti Susu Formula

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda