IBU BAPA mana yang tidak risau berdepan dengan ragam anak remaja generasi baru hari ini. Ada banyak kerenah peribadi, dan cabaran sosial yang perlu kita hadapi dengan sabar dan bijak.

Fuh… memang payah, bukan tidak cukup didikan tetapi banyak faktor penyebabnya! Mahu menguruskan remaja hari ini juga sudah tentu berbeza, mana mungkin kita gunakan teknik  dan kaedah ‘mengajar’ yang pernah ibu bapa kita lakukan suatu masa dulu.

Zaman serba moden ini memang rumit mahu menguruskan remaja bermasalah. Jadi amat penting untuk kita tahu bagaimanakah cara berdepan dengan mereka. Pasti ada jalan dan caranya!

1. ELAK TUNJUK KUASA

Remaja bermasalah kerap beraksi kasar secara fizikal seperti menolak yang memaksa kita bertindak balas secara negatif ke atas mereka. Perbuatan itu boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mengejek, tidak patuh, tidak dengar kata, menjawab, menunjukkan emosi, melanggar peraturan dan melakukan provokasi.

Dalam keadaan ini, semakin banyak kita bereaksi terhadap tingkah laku mereka, semakin mereka rasa berkuasa ke atas kita.

Peraturan pertama dalam menghadapi remaja  bermasalah ialah menjaga rasa hormat mereka terhadap kita dengan mengurangkan reaksi dan lebih banyak menggunakan pertimbangan.

Jika anda hilang sabar dan takut, keadaan mungkin memudaratkan. Cuba tarik nafas panjang dan kira hingga 10. Cara ini dilakukan untuk mendapatkan kembali ketenangan dan sebagai salah satu respon terbaik dalam berdepan  situasi ini.

2. CIPTA SEMPADAN JELAS

Remaja ingin mendapatkan kebebasan, mungkin dia mahu menguji tahap kuasa dimiliki. Dalam situasi ini, sangat penting menetapkan sempadan untuk mengekalkan hubungan antara anak dan ibu bapa.

Batasan pertama dan terpenting dalam semua situasi ini ialah rasa hormat. Ini bermakna jika anak menghormati kita, maka kita juga akan memberi hormat dan keistimewaan kepadanya.

Dalam situasi tertentu, sesetengah anak remaja sengaja mencabar sempadan ini untuk menguji apakah kita maksudkan apa yang kita katakan. Gunakan kemahiran komunikasi yang baik dengan dia.

3. GUNA TEKNIK KOMUNIKASI MENEGAK DAN BERKESAN

Apabila kita berhadapan dengan remaja bermasalah, kukuhkan kedudukan kita dengan menggunakan kemahiran komunikasi tegas.

Dalam keadan ini, penting kita meningkatkan kerjasama dengan anak. Mesti tahu bagaimana memberitahu yang mereka mungkin berbohong dan juga tahu cara berunding.

4. FOKUS KEPADA KETUA

Jika berdepan sekumpulan remaja bermasalah, jangan menghukum dan berdendam kepada satu kumpulan, sebaliknya fokuskan kepada ketua.

Selain itu, teknik yang boleh dilakukan adalah mengasingkan setiap remaja daripada kumpulan dengan memberikan hukuman berbeza.

5. TUNJUK UNSUR KELAKAR DAN SIMPATI

Dalam keadaan tidak serius, apabila berdepan remaja sebegini, tunjukkan simpati dengan tidak bertindak balas. Contohnya, menjawab dengan senyuman dan bukan mengerutkan kening.

Jangan bertindak memberikan nasihat yang tidak diminta hingga menjadi ancaman kepada diri kita yang boleh menyebabkan dia menganggap kita pula musuh atau pihak lain.

6. BERI PELUANG SELESAIKAN MASALAH (JIKA PERLU)

Ramai remaja bermasalah mula bertindak agresif kerana tidak percaya kita benar-benar mendengar. Apabila melihat anak dalam tekan, bawalah mereka bercakap.

Contoh:

  • “Mama ada sini untuk dengar apa awak nak cakap, OK?”

Sentiasa bersiap sedia dan ingatkan anak remaja kita dari semasa ke semasa, tetapi jangan mendesak. Selain itu, beri mereka ruang untuk menyelesaikan masalah.

Contoh:

  • “Kalau tengok hasilnya, rasanya macam mana awak nak settle masalah ini?”

Lihat jika mereka datang dengan idea membina?

7. TEGASKAN AKIBAT

Dalam situasi serius, kita perlu menjelaskan akibat daripada masalah yang anak remaja itu lakukan. Ini dibuat bagi mengurangkan rintangan dan memaksa dia menghormati dan bekerjasama dengan kita.

Apabila remaja jelas melanggar peraturan dan sempadan yang munasabah, jangan berkata ‘tidak’ untuk jawapan, tetapi gunakan akibat.

Kemampuan kita mengenal pasti akibat yang bakal mereka hadapi ialah salah satu kemahiran paling kuat yang boleh kita gunakan untuk menonjolkan diri sebagai ibu bapa yang tegas dan sanggup berdepan cabaran.

Ia berkesan hingga memaksa mereka beralih daripada seorang penentang kepada anak yang sanggup berkompromi seperti yang kita mahukan!

SUMBER: PsychologyToday.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda