BILIK tidur anak ialah salah satu tempat penting dalam rumah kerana semua aktiviti anak dilakukan di sana. Sebab itu, bilik tidur juga mampu membentuk karakter anak.

Jadi, kita perlu memainkan peranan penting dalam pembentukan keperibadian anak dengan menghias bilik tidur yang baik dan sesuai untuk mereka.

1. CAHAYA TERANG

Pastikan bilik tidur anak kita ada tingkap bagi memudahkan cahaya masuk ke dalam bilik. Selain itu pencahayaan yang terang turut membantu menceriakan lagi bilik tersebut.

2. SISTEM PENGUDARAAN BAIK

Sistem pengudaraan baik dalam bilik bagus untuk kesihatan anak kita. Pastikan ada ruang udara keluar dan masuk.

3. POSISI MEJA BELAJAR

Jika anak kita sudah bersekolah, kita boleh meletakkan meja belajar berdekatan tingkap. Sediakan rak buku berhampiran meja belajar mereka.

4. TEMPAT MAIN

Selain tidur, anak kita juga akan menggunakan bilik itu untuk belajar dan bermain. Jadi, apa kata sediakan anak kita satu ruang untuk dia bermain dalam bilik.

5. SUSUN LETAK

Susun letak perabot juga penting dalam membentuk karakter anak. Pastikan bilik anak dalam keadaan mudah dikemas dan teratur bagi memudahkan anak kita belajar mengemas biliknya sendiri nanti.

6. GUNA WARNA CERAH

Warna bilik memainkan peranan penting dalam pembentukan keperibadian anak kita. Disaran untuk menggunakan warna yang cerah bagi merangsang minat belajar. Setiap warna yang digunakan dalam bilik anak bakal mempengaruhi keperibadiannya.


WARNA MEMAINKAN PERANAN DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI ANAK

MERAH

Dinamik, bersemangat, merangsang, aktif, kuat, hangat, agresif. Tetapi, bila terlalu banyak warna ini dapat menimbulkan kemarahan, tekanan, ketidaksabaran, ugutan, dendam dan suasana kelam kabut. Sebaiknya, jangan digunakan untuk bilik bayi (di bawah usia setahun).

KUNING

Warna yang susah ditangkap mata, ceria, hangat dan bertenaga. Bagaimanapun, warna ini kurang sesuai untuk bilik tidur anak kerana terlalu terang akan menyebabkan silau dan sukar berehat.

BIRU

Warna yang paling tenang untuk mata dan bersifat menenangkan, aman, menerima dan sabar. Terlalu banyak warna biru dipercayai dapat menyebabkan rasa dingin dan membuat anak jadi pasif.

Jika ingin menggunakan warna biru, pilih yang warna yang tidak terlalu pucat sehingga tidak terasa kesan dinginnya.

JINGGA

Percaya diri, ramah dan penuh keceriaan. Pemilihan warna oren di bilik tidur membuatkan anak selalu terjaga, sebaiknya kita boleh kombinasikan dengan warna lain. Jika terlalu banyak oren, boleh menjadikan ruangan terlalu gelap hingga memerlukan banyak cahaya perlu masuk.

HIJAU

Tenang, sepi, semula jadi, menenangkan dan kelihatan pemalu. Jika terlalu banyak hijau, ia akan menjadikan anak seorang yang malas. Bagi mengurangkan kesan negatif, hijau perlu digabungkan dengan merah atau jingga.

UNGU

Boleh meningkatkan imaginasi anak dan kreativiti. Tetapi terlalu banyak terdedah kepada ungu juga boleh membuat mood anak terganggu dan menyebabkan anak terlalu ingin berkuasa.

LILAC

Menyentuh spiritual. Jangan gunakan rona lilac dalam bilik tidur anak lelaki kerana boleh membangkitkan sifat feminin. Bagi mengelakkan rasa hambar, padukan dengan warna hitam atau perak.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda